Sunday, 30 September 2007

IMAM DAPAT 88 SEN SATU RAKAAT



Telok Mas : AJK PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib berkata para Imam yang mendapat elaun RM450 sebulan, mendapat 88 sen satu rakaat. Beliau perbandingan ini berdasarkan 17 rakaat sembahyang sehari semalam dalam masa 30 hari.

Dalam ucapannya beliau berkata bukan niatnya untuk memperkecil-kecil dan mempersendakan tugas Imam tetapi beliau sedih ramai Imam yang menjadi Pak Sanggup Umno yang langsung tidak berani berkata yang haq kepada pemimpin Umno.

"Dengan RM450 sebulan dan '88 sen' satu rakaat adakah Imam-Imam seperti ini sanggup menjual agama, alangkah hinanya mereka".

"Jurulatuh-jurulatih tari di Istana Budaya mendapat elaun jauh lebih besar dari mereka dapat, jadi sebenarnya para Imam ini dihina oleh kerajaan kerana elaun mereka jauh lebih kecil dari orang yang mengajar menari" jelas Ustaz Taib.

Ustaz Taib juga menegaskan bahawa ustaz-ustaz dan guru-guru agama di Malaysia sepatutnya malu kepada sami-sami Budha di Myanmar yang berhimpun membantah keganasan dan kediktatoran kerajaan Junta Tentera di Myanmar.

"Lebih 100,000 sami Buddha dan penyokong mereka mengadakan protes pro-demokrasi dengan membanjiri jalan-jalan utama di Rangoon bandaraya terbesar di Myanmar, di Malaysia ustaz-ustaz dan guru-guru agama menjadi pengampu pemimpin walaupun pemimpin buat salah mereka diamkan diri".

"Mana maruah kita, malulah sikit kepada sami-sami buddha yang pernah tanggal 'kain ihram' mereka" kata beliau dengan nada sinis.

Beliau menyatakan demikian pada ceramah Jelajah Ramadhan anjuran bersama Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Surau Ustaz Ali, Kg Permatang Pasir di sini malam tadi.

Turut berceramah bersama beliau ialah AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin dan TYDP Kota Melaka, Ustaz Abdul Rahman Jaafar.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

dasuki_tmc said...

kita harap dapat diadakan semula pelajran kat PASTI bagi semua imam-imam ini supaya lebih faham hakikat apa yang Rasul suruh kepada umatnya! Rasul hanya menyampaikan suruhan Allah bagi makhluknya yang bernama manusia/insan.Allah jadikan manusia dan jin hanya beribadat kepada NYA. Tapi puak imam-imam ni lain yang disuruh lain yang di buat. Di Mahsyar akhirat nanti apa imam nak buat helah lagi, kat dunia ni boleh lah. ingat pesan nabi walaupun nabi dah 1400 meninggalkan kita.wassalam.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59