Thursday, 20 September 2007

Harga Minyak terus melambung, mungkinkah kerajaan akan menaikkan harganya?


Harga minyak mentah global terus mencatatkan peningkatan untuk tempoh tiga hari berturut-turut apabila harganya naik melebihi AS$82 (RM287) setong di New York ekoran spekulasi bahawa penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan merangsang permintaan terhadap bahan api tersebut.

Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Zainal Ariffin Osman berkata, langkah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS menurunkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 4.75 peratus telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak mentah pada hari ini.

“FOMC menurunkan kadar faedah untuk merangsangkan semula ekonomi AS yang terjejas teruk akibat krisis gadai janji subprima,

“Penurunan kadar yang pertama sejak 2003 itu sebaliknya telah menimbulkan spekulasi peningkatan permintaan yang lebih tinggi terhadap bahan api itu,” kata Zainal ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zainal, harga bahan api itu kini dalam aliran meningkat, yang mana kenaikan untuk bulan September hingga kini adalah lebih daripada 10 peratus dan jika dibandingkan dengan tahun lalu, ia telah meningkat lebih daripada 30 peratus.

“Harga minyak mentah memang dalam aliran meningkat kerana kekurangan bekalan disebabkan cuaca yang tidak menentu di kawasan pengeluaran utama seperti Teluk Mexico dan juga permintaan tinggi terutama menjelang musim sejuk di Eropah pada hujung tahun,

Menurut beliau, penurunan kadar oleh FOMC telah memburukkan lagi situasi ini.

Harga minyak mentah bermutu tinggi (light sweet) bagi penghantaran bulan Oktober di Pasaran Dagangan New York atau NYMEX meningkat 86 cent (RM3.00) kepada AS$82.37 (RM288.30) setong pagi tadi.

Harga tersebut merupakan yang tertinggi sejak bahan api tersebut mula diniagakan di NYMEX pada 1983.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59