Pihak polis melarang tujuh buah bas yang membawa orang ramai dan para peguam yang dalam perjalanan untuk menyertai perarakan anjuran Majlis Peguam, daripada memasuki kawasan Putrajaya.
Bas-bas tersebut tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Istana Keadilan di Putrajaya untuk menyertai perarakan ke Jabatan Perdana Menteri bagi mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat integriti badan kehakiman. Perarakan tersebut dijadualkan bermula dari Istana Kehakiman pada jam 11 pagi.
Difahamkan beberapa kenderaan persendirian juga turut dilarang daripada memasuki Putrajaya. Perarakan tersebut dianjurkan oleh Majlis Peguam selepas pendedahan klip video yang menunjukkan seorang peguam sedang berbual melalui telefon dengan seseorang untuk mengatur pelantikan hakim. Kontek perbualan tersebut membayangkan bahawa orang yang bercakap dengan peguam tersebut adalah Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Mereka yang menaiki bas tersebut yang berjumlah kira-kira 200, kini sedang berjalan kaki menuju ke Istana Keadilan yang jauhnya kira-kira lima kilometer. Para saksi berkata, mereka juga membawa kain tentang serta melaungkan slogan, antaranya berbunyi 'Rakyat Hakim Negara', 'No to Corruption', dan 'Selamatkan Badan Kehakiman'.
Malaysiakini
INILAH BUKTI NEGARA MALAYSIA ADALAH NEGARA POLIS DAN TIADA DEMOKRASI LAGI DI DALAM NEGARA. PERARAKAN AMAN PUN DISEKAT TIDAK SEBAGAIMANA NEGARA MAJU RAKYAT BERJUMLAH RATUSAN RIBU DIBENARKAN BERARAK SECARA AMAN.
Browse: Home > BERITA TERKINI : BAS BAWA PEGUAM DAN ORANG RAMAI UNTUK BERARAK DIHALANG OLEH POLIS
0 Comments:
Post a Comment