Wednesday, 26 September 2007

BANK ROMPAK BONUS KAMI



Melaka : Pekikan 'Bank Rompak Bonus Kami' dan 'Kembalikan Hak kami' yang mengamatkan suasana menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di depan Maybank, Jalan Munshi Abdullah, Melaka, berikutan piket oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE).

Piket itu dilakukan kerana mereka ingin memperjuangkan hak mereka mendapatkan bonus dua bulan gaji seperti termaktub dalam perjanjian tetapi cuba dinafikan majikan atas alasan sudah memberi kenaikan gaji 30 peratus seperti yang diminta oleh NUBE baru-baru ini.

Menurut Setiausaha Agung NUBE, J Solomon, bahawa beberapa sesi rundingan telah dijalankan namun pihak majikan tidak memperdulikan tuntutan dan akhirnya mereka terpaksa berpiket bagi memperjuangkan hak.

"Kami bersusah payah memperjuangkan hak kami untuk mendapatkan kenaikan gaji 30 peratus dan ini selaras dengan pembayaran yang telah dibuat oleh pihak kerajaan berdasarkan peningkatan kos sara hidup.

"Tetapi kini pihak bank ingin menafikan pembayaran bonus pula, sedangkan ianya adalah hak yang telah kami perolehi setiap tahun dan bank juga membuat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap tahun," kata beliau.

Menurut seorang pekerja, Serbegeth Singh, bahawa mereka adalah kakitangan bank yang paling rendah dibayar dengan gaji permulaan sebanyak RM662 hingga RM995.

"Kita lihat harga barang makin meningkat, minyak naik dan kini gas pun nak naik juga, bagaimana kami nak tampung keperluan hidup sekeluarga di bandar.

"Tindakan bank ini seperti sambung kaki kanan tetapi potong kaki kiri dan kami akan berpiket sehingga tuntutan kami ini dipenuhi," katanya, merujuk kepada penarikan bonus dua bulan gaji yang dinikmati selama ini.

Mereka mengambil kesempatan rehat tengahari semalam untuk berpiket beramai-ramai bagi mendapat sokongan orang-ramai sambil meniup wisel dan memegang poster.

Ahli NUBE adalah merupakan kakitangan bawahan iaitu kerani, bukan kerani dan kerani gred khas yang cuma mendapat gaji asas.

Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59