Saturday, 15 September 2007

BABI DISANTUNI, RAKYAT DIHALAU DAN DITEMBAK



Umno yang menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Dato' Seri Mohd Ali Rustam lebih memuliakan dan menghormati babi dari orang Melayu berikutan pendekatan yang digunakan dalam isu babi di Paya Mengkuang baru-baru ini.

Kegagalan Kerajaan Negeri Melaka menyelesaikan isu pencemaran najis babi di Paya Mengkuang, Masjid Tanah, baru-baru ini menunjukkan kelemahan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sejak sekian lama.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, bahawa ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat lemah dalam menangani isu penternakan babi haram yang jelas mengancam kesihatan dan menjejaskan alam sekitar.

"Bau busuk dari najis babi itu juga telah menjejaskan sektor perlancongan, perniagaan makanan mahupun chalet di sepanjang pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak yang begitu srategik untuk dilawati.




"Orang Cina lebih bijak dan cerdik menangani sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan kaum mereka, kita lihat Menteri Sumber Manusia, Dato' Fong Chan Onn yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah merangkap Pengerusi MCA Melaka dan Setiuasaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh bersama-sama turun cari jalan penyelesaian," kata beliau.

Tetapi kejadian sebaliknya berlaku katanya, apabila isu yang membabitkan orang Melayu seperti perobohan bangunan separuh kekal yang terjadi ke atas premis beliau oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Dato' Idris Haron, yang ketika itu menjadi Yang Dipertua Majlis Daerah Alor Gajah (MDAG).

"Pasukan Keselamatan dan MDAG datang pukul 11.30 malam untuk merobohkannya sehinggakan isteri, kakak dan adik saya ditolak dengan kasar ketika cuba untuk berbincang, kenapa mereka begitu bertegas?

"Di mana kredibiliti Idris Haron yang dalam parlimen berkokok mengatakan ingin mempertahankan dunia Melayu dunia Islam tapi isu babi dibawah kuasa pentadbirannya pun tak boleh selesai," kata beliau.

Beliau juga turut melahirkan kekecewaan kerana semua pasukan yang terdiri dari Polis, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan sebagainya telah bersedia sejak 2.00 pagi tapi sehingga 4.00 petang seekor babi pun tak dapat dibinasakan.

"Ini berbeza sekali dengan kes Kampung Berembang Pihak berkuasa dengan ganas merempuh benteng manusia yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita seterusnya meruntuhkan surau dan rumah dalam sekelip mata sahaja tanpa memperdulikan rintihan penduduk," ujarnya

DITEMBAK

Malahan Tragedi Batu Burok di Terengganu, lebih menyerlahkan lagi kejahatan Umno dan Polis yang dengan sewenang-wenangnya menembak peluru hidup terhadap Suwandi Abdul Ghani, 37, yang mengenai dada serta mencederakan paru-parunya dan Muhamad Azman Aziz, 21, terkena tembakan di lehernya.


Ianya berpunca dari provokasi yang dilakukan oleh Polis dari Cawangan Khas (SB) dan didakwa dirancang oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Ismail bagi menghalang ceramah dan mewujudkan rusuhan.

Kes Memali pula menyaksikan bagaimana kejam dan zalim tanpa perasaan peri-kemanusiaan mereka membunuh As-Syahid Ibrahim Libya dan sahabatnya tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu tetapi dengan babi Paya Mengkuang mereka hanya berundur balik keletihan seperti pondan yang kelesuan melayani pelanggan di belakang lorong.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59