Sunday, 5 August 2007

ZAMAN ISLAM HADHARI BUDAK 12 TAHUN PUN PANDAI MEROGOL


Apa nak jadi dengan remaja yang dididik di bawah sistem Islam Hadhari Pak Lah Badawi. Umur 12 tahun pun dah pandai meROGOL orang.

Kisah yang dipaparkan oleh media hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa akhlaq remaja hari ini semakin parah.

Malangnya pemimpin Islam Hadhari terus membisu dan tidak mahu insaf.

Media melaporkan bahawa seorang wanita di Johor Baharu yang membonceng motosikal bukan saja menjadi mangsa kemalangan langgar lari, malah diculik sembilan jam dan menjadi mangsa rogol bergilir-gilir enam lelaki, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, kesengsaraan sembilan jam wanita berusia 30 tahun di lokasi tidak diketahui itu berakhir, apabila polis berjaya menahan ahli kumpulan berkenaan dan membebaskan mangsa, semalam.

Terdahulu, enam lelaki terbabit yang berusia 12 tahun hingga 20-an menggunakan sebuah lori dan melanggar kenderaan mangsa sebelum melarikan mangsa ke tempat tidak diketahui lalu merogolnya berulang kali secara bergilir-gilir.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam kelmarin, mangsa bersama rakan wanitanya berusia 24 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Pasir Gudang dari Taman Nusa Damai.

Katanya, tiba-tiba lori dinaiki kumpulan berkenaan melanggar motosikal itu hingga penunggang terbabit gagal mengawal kenderaan lalu terjatuh di tepi jalan.

“Anggota kumpulan berkenaan kemudian turun dari lori dan menangkap mangsa dan melarikannya menggunakan lori itu ke satu lokasi yang belum dikenal pasti.

“Mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir manakala rakannya yang ditinggalkan di lokasi kemalangan membuat laporan polis di balai berdekatan.

“Berikutan itu, usaha mencari dilakukan dan hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menangkap lima lelaki terbabit di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, seorang lagi perogol dikenal pasti dan usaha menahannya masih giat dilakukan.

Katanya, kejayaan menahan penjenayah itu bukan saja atas usaha pantas polis, malah kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat dengan tepat dan cepat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59