Saturday, 18 August 2007

SAMBUTAN YANG TAK DAPAT SAMBUTAN


Malam tadi bertempat di Dataran Pahlawan Melaka berlangsung sambutan Ambang Merdeka peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Imam Hadhari, Dato Abdullah Ahmad Badawi. Ketua Menteri Melaka, Dato;’ Ali Rustam awal – awal lagi begitu yakin seramai 120 ribu orang akan hadir memeriahkan sambutan tersebut. Akhbar Suara Melaka di muka depan edisi bertarikh 17 Ogos pula mernjangkakan 115 ribu orang akan hadir. Keyakinan ini berdasarkan promosi besar – besaran yang dibuat melalui pelbagai cara dan media massa.

Sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan dibuat secara besar – besaran seluruh negara bagi menaikkan semangat patriotik agar mengekalkan pemerintahan yang ada yang ada ( Barisan Nasional ) terutamanya menjelang Pilihan raya Umum ke 12 yang akan dijangka akan diadakan pada bila – bila masa. Justeru itu, Kerajaan Barisan Nasional begitu terdesak untuk membuktikan mereka masih relevan dan mendapat sokongan rakyat. Justeru itu semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah rendah dan menengah dikerah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Setiap sekolah di sekitar bandar Melaka misalnya diminta menghantar antara 400 – 500 pelajar ke sambutan Ambang Merdeka bersama dengan guru mereka. Mereka dikerah berkumpul di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir seawal jam 6 petang. Walau bagaimanapun menurut Utusan Malaysia dan beberapa akhbar utama melaporkan hanya 50 ribu sahaja yang hadir.

Justeru itu, Pak Lah dan pimpinan Barisan Nasional yang lain perlu cermin diri bahawa rakyat sudah muak dengan kerajaan yang ada. Sekiranya tidak ada kerahan dan ‘paksaan’ kepada kakitangan kerajaan dan pelajar yang dibawa dengan bas percuma dan disogok dengan nasi bungkus untuk hadir ke sambutan malam tadi sudah pasti kehadiran orang ramai adalah lebih jauh daripada yang dijangkakan. Ini juga sebagai isyarat bahawa himpunan 100 ribu rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih pada 10 November ini akan memberi petunjuk kepada kerajaan Barisan Nasional supaya akur kepada tuntutan rakyat untuk menolak kerajaan yang ada.

Justeru itu, apabila merasakan rakyat semakin menjauhkan diri daripada Kerajaan Barisan Nasional, pilihan raya Umum ke 12 akan datang dijangkan akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dan jijik yang akan dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan rasuah seperti yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan pimpinan Barisan Alternatif yang lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59