Friday, 3 August 2007

ROSOL WAHID CAKAP BESAR


Laporan Media hari ini menyerlah betapa pemimpin BN Terengganu bongkak dan bercakap besar. Setiausaha Umno Terengganu, Rosol Wahid berkata mereka percaya selepas Pilihanraya Umum akan datang Terengganu mungkin akan mencapai pembangkang sifar.

Dibawah ini disiarkan laporan tersebut.

Keterbukaan kerajaan umno yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh sejak tiga tahun lahu menjadikan hasrat PAS untuk merampas semula negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang ‘berada dalam keadaan amat mustahil’.

Bagi Umno Terengganu, PAS tidak lebih daripada bermimpi di siang hari jika mereka mendakwa parti itu boleh menang sebagaimana dalam pilihanraya umum 1999.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tidak ada ruang sedikitpun bagi pembangkang termasuk PAS untuk menang sekali lagi dalam pilihanraya akan datang.

"Umno bukan sahaja akan mengekalkan kuasa tetapi akan memastikan pembangkang sifar. Umno Terengganu akan menjadi kubu Umno sebagaimana Johor.
"Kekuatan Umno sekarang sangat ‘solid’ di semua peringkat. Saya anggarkan sokongan rakyat pada Umno adalah antara 70 hingga 75 peratus, dan ianya dijangka meningkat sehingga 80 peratus menjelang pilihanraya umum kelak,” katanya.

Beliau berkata, kajian Umno negeri mendapati tujuh bagi setiap 10 pengundi dalam sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyokong Umno.

Kajian setiap bulan

Rosol berkata, perangkaan tersebut adalah yang terkini kerana ia dibuat setiap bulan untuk mengetahui maklumbalas rakyat, khususnya pengundi, terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno.

"PAS sudah ditolak oleh penduduk Terengganu dan ia tidak lagi relevan kerana pelbagai pembohongan sepanjang empat tahun memerintah dalam pilihanraya 1999," katanya.

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 28 ahli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 27 Umno dan seorang dari MCA dan menang semua lapan kerusi Parlimen.

Manakala PAS cuma menang empat kerusi DUN dan tidak menang sebarang kerusi Parlimen. Malah Presiden PAS Seri Abdul Hadi Awang turut kalah di kubu kuatnya, di Parlimen Marang.

Empat DUN ini merupakan kubu kuat PAS sejak sekian lama tetapi ini bukan bermakna Umno tidak boleh menang kerana dalam pilihanraya umum 1978, Umno telah menyapu bersih kesemua 28 kerusi DUN ketika itu.

Rosol berkata, Umno enggan bercakap besar dalam isu ‘siapa kuat’ tetapi mahu membuktikannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga menyangkal bahawa sokongan kepada PAS meningkat selepas pilihanraya umum lalu, sebaliknya menegaskan ia hanya tipu helah pembangkang sahaja.

"Rakyat menerima pemerintahan kerajaan yang ada sekarang di mana pelbagai projek yang dibuat tidak pernah terlintas di fikiran mereka sebelum ini.

‘Bermimpi di siang hari’

"Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Piala Monsun dan Taman Tamadun Islam tidak pernah ada sebelum ini, tetapi kini menjadi mercu tanda pembangunan yang menunjukkan Terengganu bukan lagi negeri mundur seperti tahun-tahun 1970-an.

"Hasil usaha Umno, pendidikan di Terengganu antara yang terbaik dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saban tahun, begitu juga dengan bidang-bidang ekonomi lain," katanya.

Jika PAS mengharapkan berlaku masalah dalaman sekali lagi dalam Umno, Rosol mengingatkan mereka supaya “usah bermimpi di siang hari”.

Rosol berkata, gandingan pemimpin baru dan lama benar-benar menjadikan Umno kuat di semua peringkat - dari cawangan hingga ke negeri. Ini menjadikan politik saling menjatuhkan sesama sendiri sudah tidak berlaku lagi.

Semalam, Abdul Hadi berkata, PAS akan mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu berdasarkan ‘mood’ rakyat yang sudah mula menilai pemerintahan PAS selama empat tahun dengan kerajaan BN yang ada sekarang.

Menurut bekas Menteri Besar Terengganu itu, sokongan rakyat kepada parti itu tidak banyak merosot walaupun mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

Biaq p kat dia laaa.......
sampai masa jatuh laa tuu...

Drs. Zainudin Bin Abu said...

Sekarang Allah swt, bayar cash on delivery.... apa dah jadi skg pada Rosol?????? Nampaknya masa depan politik beliau tidak ke mana... NAMPAK SANGAT PAK TURUT PAK LAH!!! TAK ADA PRINSIP SEBAGAI AHLI POLITIK!!!!!

Next 5 years, jangan beri undi UMNO!!!!!, KEMBALIKAN KEPADA PAS

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59