Tuesday, 28 August 2007

RM1.13 JUTA DUIT RAKYAT LEBUR


Tahukah anda berapakah kos yang dibelanjakan untuk memilih calon angkasawan negara?

Kosnya mencecah RM1.13 juta.

Manakala kerajaan Rusia akan membiayai kos latihan dua calon yang telah terpilih dan kos penghantaran seorang angkasawan pertama dari negara ini.

Menurut laporan Bernama, kos tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Prof Dr Ruddin Ab Ghani di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, usaha itu merupakan hasil perundingan perjanjian timbal balik pembelian pesawat pejuang Sukhoi-30 MKM antara kerajaan Malaysia dan Rusia.

Dr Rudin menjawab soalan Shim Paw Fatt (BN-Tawau) yang meminta kementerian menjelaskan perbelanjaan kerajaan dalam proses pemilihan, latihan dan penghantaran angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Oktober ini.

Dr Ruddin juga berkata angkasawan negara ke ISS juga, antara lain, akan menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas sel barah terhadap rawatan termasuk radiasi.

Mengenai sama ada program angkasawan negara akan diteruskan, beliau berkata, Malaysia bersedia menerima jemputan untuk menyertai misi ke stesen ISS pada masa depan jika ada pihak mencadangkan.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59