Tuesday, 14 August 2007

LEBIH BAIK RAJA NAZRIN JADI PM?


Dari titah dan saranannya adalah diyakini Raja Nazrin lebih berkeupayaan dan lebih telus jika menjadi PM dari PM yang ada sekarang. PM sekarang hanya pandai bercakap untuk membenteras rasuah tetapi pelaksanaannya jauh sekali. Malah kepimpinannya terus dipersoalkan dengan masalah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Indeks rasuah negara merudum, projek kerajaan dibolot oleh kroni dan suku-sakat orang tertentu, projek kerajaan banyak yang bermasalah, SPR, BPR, PDRM dan lain-lain semakin bermasalah dan tidak diperbaiki dan banyak lagi yang tidak sempat ditulis di sini.

Beliau juga seringkali 'terlepas pandang' melantik individu yang mempunyai kontroversi untuk memegang jawatan penting.

Semalam Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menyarankan kerajaan meningkatkan usaha menghapus kerenah birokrasi bagi mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.

Menurut baginda, peraturan, permit dan lesen yang diperlukan bagi sesuatu kegiatan perlu dikurangkan kerana prosedur yang terlalu berbelit-belit boleh membuka peluang bagi penjawat awam menuntut bayaran yang tidak sepatutnya.

“Penggunaan internet, sebagai contoh, menggalakkan keterbukaan dan ketelusan bagi semua permit dan lesen. Proses tender juga mestilah dibuat lebih kompetitif dan telus.

“Pemberi maklumat atau mereka yang tampil sebagai saksi dalam kes-kes rasuah pula mestilah diberi perlindungan sebagai satu cara untuk membanteras aktiviti itu,” titah baginda ketika memberi ucaptama di persidangan antarabangsa bertema Cabaran-cabaran Pendemokrasian dan Tadbir Urus Baik dalam Sektor Awam Malaysia.

Kerajaan, ujarnya, juga perlu memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dengan mudah supaya mereka tidak bergantung kepada sumber-sumber tidak tepat dan bohong kerana sumber yang demikian boleh melekakan mereka dengan perkara-perkara remeh.

Raja Nazrin berkata, tadbir urus yang baik juga menuntut akauntabiliti yang tinggi di pihak mereka yang memegang kuasa.

Menurut baginda, sementara golongan ini perlu diberikan kuasa bagi membolehkan mereka mengurus negara, mekanisme yang efektif perlu bagi mengekang mereka daripada menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu, mengatasi kepentingan ramai.

“Tadbir urus yang baik memerlukan pembabitan orang awam. Rakyat hari ini lebih terpelajar, jadi mereka menuntut yang lebih baik daripada kerajaan, tetapi semakin kurang mempercayainya.

“Mereka mahu mengambil bahagian dalam penentuan dasar dan hanya berminat pada sesuatu keputusan daripada mematuhi peraturan,” tambahnya lagi.

Antara ciri-ciri penting yang perlu wujud dalam pentadbiran yang baik, kata baginda, ialah segala tindak-tanduk kerajaan mestilah sentiasa berlandaskan undang-undang.

Menurut baginda, tidak ada sebarang keputusan di pihak kerajaan yang boleh dijustifikasikan dengan melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang negara, atau tindakan-tindakan yang walaupun sah, tetapi boleh dipersoalkan.

“Lebih dari itu, pentadbiran yang baik tidak sekali-kali akan menerima perlakuan yang tidak berprinsip, tidak bermoral dan tidak beretika. Ia tidak boleh wujud tanpa integiriti di kalangan pentadbir,” ujarnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59