Monday, 13 August 2007

KAKAK DURJANA



TAIPING: Kakak durjana! Tergamak seorang kakak membantu rakan lelaki merogol adik kandung sendiri. Tetapi itulah realiti yang berlaku di zaman Islam Hadhari yang caca marba ini. Tindakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai bersubahat dengan seorang lelaki yang merogol adiknya ini berlaku di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, dekat sini.

Berikutan itu, polis memburu seorang lelaki berusia 20-an selepas menahan kakak mangsa pada hari sama kejadian rogol itu berlaku dan direman seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata kejadian berlaku ketika mangsa, pelajar berusia 17 tahun, sedang berbasikal dari rumahnya ke sekolah kira-kira jam 6 pagi pada 6 Ogos lalu.

Katanya, ketika dalam perjalanan, mangsa bertemu kakaknya yang datang bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal dipercayai dari bandar Taiping.

“Si kakak meminta wang daripada adiknya tetapi apabila mangsa memberitahu dia tiada wang, kakaknya menampar dan menolaknya sehingga jatuh.

“Lelaki yang datang bersama kakaknya kemudian menarik pelajar itu ke dalam semak dan merogolnya sebelum meninggalkan gadis itu dan melarikan diri bersama kakaknya menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Kurau. Polis menahan kakak mangsa pada hari kejadian dan kini direman selama seminggu,” katanya.

Raja Musa berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis sedang memburu lelaki yang merogol pelajar itu.

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dan melaporkan kepada polis jika melihat individu mencurigakan di tempat mereka.

“Maklumat orang awam penting dalam membantu polis menyelesaikan kes jenayah Mereka yang mempunyai sebarang aduan atau laporan diminta segera ke balai polis berdekatan,” katanya.

Zaman Islam Hadhari ini ada ayah tak kenal anak, anak tak kenal ibu, cucu tak kenal nenek atau kakak tak kenal adik apa nak jadi.

Namun kerajaan Islam Hadhari terus menyepi diri tidak mahu mengambil tindakan drastik membasmi masalah sosial yang kronik ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Mr. Din said...

Salam Ramadhan,

Permasalahan sosial yang sering dipamerkan di media begitu merungsingkan. Allah S.W.T menurunkan bermacam ragam bala ke atas hambanya sebagai ujian atau pun balasan. Raja Firaun sendiri Allah janjikan pengabdian jasadnya lantaran engkar kepada Musa A.S agar menjadi teladan bagi hamba-hambanya selepas itu. Inikan pula kita, hamba akhir zaman yang hina dan busuk bernanah hati dan fikiran kita di hadapan Allah S.W.T. Betapa kalutnya kita apabila disajikan dengan keruntuhan keimanan sosial yang jelas memberikan tempias kepada agama kita, bangsa kita dan negara kita.

Maka, masalah ini bukanlah masalah kerajaan langit, bukan masalah kerajaan matahari, bukan masalah kerajaan kayangan, bukan masalah kerajaan ulama, bukan masalah kerajaan hadhari, bukan masalah kerajaan anda.....

Tetapi masalah KITA...

Ayuh saudara-saudara ku sekalian.
Simpan jari telunjuk mu,
Keluarkan cahaya minda mu,
Agar menjadi penerang,
Keluarga kita, jiran-jiran kita, masyarakat kita, negara kita, dunia kita dan jalan menuju ke tuhan kita, Allah S.W.T

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59