Thursday, 2 August 2007

CERAMAH USTAZ NASARUDDIN DIGANGGU POLIS


BUKIT KATIL : Ceramah Timbalan Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi di Kampung Bukit Durian, Paya Dalam yang terletak di dalam DUN Ayer Molek malam tadi diherhentikan oleh Polis pada jam 11.25 malam.

Ceramah yang julung kali diadakan di kubu Umno itu mendapatkan tentangan dari Umno yang membuat laporan dan meminta Polis mengambil tindakan ke atas penganjur. Ini diakui sendiri oleh salah seorang pegawai Polis ketika berbincang dengan pimpinan PAS Kawasan.

Ustaz Nasaruddin dalam komen spontannya ketika berceramah berasa kesal dengan tindakan Polis tersebut yang disifatkan beliau sebagai tidak mengamalkan prinsip demokrasi.

"Saya hairan mengapa ditempat lain ceramah saya tidak diganggu sehingga selesai pada jam 12.00 malam, mengapa di sini tidak boleh pula, inilah yang dikatakan demokrasi cacar marba yang tidak seragam" kata beliau.

Kampung Bukit Durian sebelum ini memang merupakan kubu kuat Umno di mana ceramah PAS memang sukar diadakan di kampong tersebut.

Salah seorang penduduk yang menyerahkan borang menyertai PAS, Masshor Sumiri, 57 berkata beliau bertekad menyertai PAS kerana Umno jelas tidak mampu untuk memelihara kedaulatan Islam dan Melayu.

“Saya hanya yakin bahawa PAS sahaja yang mampu memelihara dan mendaulatkan Islam. Nak diharap kepada Umno, alamatnya Islam akan diketepikan sedikit demi sedikit”

“Saya pernah bertugas dalam pasukan keselamatan sehingga pencen, jadi saya tahu asam garam dan sepak terajang dalam kerajaan, Islam seringkali dipinggirkan oleh kerajaan” kata beliau yang juga bekas anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berpangkat sarjan.

Menceritakan pengalamannya sebagai anggota FRU, beliau menyatakan bahawa antara tempat beliau berkhidmat ialah di Terengganu selama 13 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau banyak pengalaman pahit dan manis yang diperolehi terutama ketika mengawasi program-program parti pembangkang.

Beliau telah dianugerahkan beberapa pingat antaranya PPN dan PBP atas kecemerlangan perkhidmatannya.

Masshor diberi penghormatan untuk mewakili penduduk menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pada ceramah yang diadakan di rumah Masshor malam tadi. Turut menyaksikan upacara bersejarah itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Salim Tahir dan lain-lain AJK Kawasan, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.

Ceramah tersebut telah menarik minat penduduk kampung yang tinggal berdekatan tempat ceramah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59