Monday, 27 August 2007

CEKAP BETUL AGENSI KERAJAAN ISLAM HADHARI, ELAUN PUN TERSILAP BAYAR?



Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Nor hari ini mendedahkan bagaimana seorang bekas jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) dibayar elaun walaupun kontraknya telah ditamatkan.

Beliau merupakan bekas jurulatih gimnastik MSN ternyata terkejut dengan kesilapan tersebut.

Walaupun telah berhenti berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) pada akhir 2005, tetapi MSN masih terus membayar elaun bulanan kepadanya sehingga Disember tahun lalu.

Bekas Jurulatih tersebut, Yap Yee Yin, 21, berkata MSN telah memasukkan bayaran elaun tersebut ke dalam akaun banknya selama 14 bulan yang berjumlah RM18,000.

Katanya, MSN membayar elaun tersebut sebanyak RM1,300 sebulan, dari bulan Oktober 2005 hingga Disember lalu, walaupun beliau tidak lagi mempunyai sebarang kontrak dengan majlis tersebut.

Yap juga mendakwa separuh daripada wang tersebut perlu diberikan kepada seorang individu yang menurutnya menjadi pengantara dengan MSN bagi membolehkan elaun tersebut dibayar kepadanya.

Beliau merupakan bekas ahli gimnastik negara yang bersara selepas Sukan SEA 2003 di Chieng Mai dan selepas itu dilantik menjadi jurulatih MSN mulai Oktober 2004 dengan kontrak selama setahun, dengan bayaran elaun RM1,150 sebulan.

Selepas tamat kontrak tersebut pada September 2005, Yap berkata, MSN telah menawarkan kepadanya kontrak baru dengan bayaran RM1,300 sebulan, tetapi beliau menolaknya.

"Saya tidak tahu mengenai bayaran tersebut dibuat sehinggalah saya memeriksa akaun bank saya pada bulan Mac tahun lalu setelah mendapat panggilan dari seorang lelaki yang dikenalinya yang berusia 30 tahun.

Lelaki minta separuh

"Lelaki tersebut meminta saya memberi separuh daripada bayaran elaun itu kepadanya tetapi saya enggan berbuat demikian.

"Saya sudah beberapa kali menghubungi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya menghentikan bayaran elaun tersebut, tetapi tiada sebarang maklumbalas.

"Manakala pegawai MSN pula berkata ia masalah teknikal dan ini menyebabkan bayaran terus dibayar ke dalam akaun saya," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu beliau menghantar memorandum mengenai perkara tersebut kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang diterima oleh setiausaha akhbarnya, Shahjehan Abdul Waheed.

Yap diiringi oleh Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor.

"Baru-baru ini lelaki tersebut menelefon saya memberitahu supaya memulangkan membayar elaun tersebut kepada MSN atas alasan telah berlaku kesilapan teknik,” katanya.

Yap mendakwa, lelaki itu berbuat demikian kerana beliau enggan menyerahkan separuh daripada bayaran elaun itu seperti yang dimintanya.

Usaha terancang?

Yap berkata, wang RM18,000 itu masih ada dalam simpanannya dan akan memulangkannya semula kepada MSN.

Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu, Yap berkata, beliau belum lagi bercadang berbuat demikian.

Sementara itu, Ezam mendakwa, pembayaran elaun kepada Yap itu bukan disebabkan oleh kesilapan teknikal.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ia merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk menyeleweng wang gaji MSN.

Katanya, jelas terdapat unsur negatif yang menggugat kewibawaan badan sukan terpenting negara itu.

Untuk itu, Ezam berkata, sebuah badan siasatan menyeluruh harus ditubuhkan untuk menghadapi kepincangan seumpama itu.

Sumber Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59