Friday, 31 August 2007

UMNO/BN BACUL GUNA DUIT RAKYAT UNTUK SAMBUT AMBANG MERDEKA


Sebentar tadi di adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dan ianya disiarkan secara langsung.
Program itu benar-benar menjadi program Umno/BN kerana semuanya pembesar-pembesar yang hadir disebut atas jawatan parti di samping jawatan di dalam kerajaan.
Malah program itu sebenarnya adalah program Khairy Jamaluddin kerana semua acaranya diketuai oleh Khairy Jamaluddin termasuk gerombolan perarakan motosikal, upacara menaikkan bendera dan sebagainya.
Jelas sekali program ini adalah program Umno/BN. Jadi duit rakyat digunakan untuk menaikkan nama Umno/BN.

BACUL SUNGGUH UMNO/BN MENGGUNAKAN WANG RAKYAT UNTUK KEPENTINGAN POLITIK MEREKA


Thursday, 30 August 2007

PEMUDA PAS MELAKA SAMBUT MALAM MERDEKA DENGAN EKSPEDISI DAKWAH


Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) dengan kerjasama semua DPP Kawasan-Kawasan akan menyambut malam merdeka malam ini dengan menjalankan ekspedisi dakwah berjumpa rakyat sambil mengedarkan risalah merdeka dalam usaha untuk Selamatkan Malaysia.

Program akan bermula dengan solat Isyak secara berjemaah di Masjid MITC Ayer Keroh dan seterusnya mereka akan bergerak ke Dataran MITC untuk mengedarkan risalah. Program tahunan ini diadakan diseluruh negara setiap tahun.

Seluruh ahli Pemuda PAS Negeri dan ahli-ahli PAS diseru supaya bersama-sama untuk menjayakan program ini.


Wednesday, 29 August 2007

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI AWALKAN, TANDA-TANDA PILIHANRAYA DI AKHIR NOVEMBER.


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini mengubah tarikh Perhimpunan Agung UMNO tahun ini kepada 5 hingga 9 November depan.

Mungkinkah ini tanda-tanda Pilihanraya akan diadakan pertengahan atau hujung November.?
Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tarikh baru itu dibuat kerana tarikh asalnya bertembung dengan sambutan Deepavali.

‘‘Tarikh asalnya ialah 6 hingga 10 November dan bagi mengelakkan pertembungan dengan Deepavali, kita membuat keputusan untuk menukarkannya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, pada mesyuarat kali ini, beliau turut diberi taklimat daripada Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai persiapan program Hari Kemerdekaan dan ambang kemerdekaan.


Tuesday, 28 August 2007

RAIS MENGELUH BENDERA MALAYSIA TIDAK DIKIBAR



Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa terlalu kurang rakyat yang mengibarkan bendera walaupun negara di ambang menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan.

Kita sebagai rakyat Malaysia sebenar bukan tidak mahu mengibarkan bendera kebangaan kita ini, tetapi oleh kerana terlalu banyak isu yang menghimpit rakyat menyebabkan semangat rakyat semakin luntur.

Bayangkan apa yang hendak dibanggakan oleh rakyat kalau harga barang melambung tinggi, harga minyak semakin naik, rakyat diugut dan dizalimi dengan pelbagai akta seperti ISA, OSA, AUKU, rumah-rumah rakyat diroboh, surau diruntuhkan, mahasiswa dibelenggu dan seribu satu macam masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat.

Rais sepatutnya sedar akan perkara ini. Tidak perlu menuding jari kepada rakyat kerana tidak mahu mengibarkan bendera.


RM1.13 JUTA DUIT RAKYAT LEBUR


Tahukah anda berapakah kos yang dibelanjakan untuk memilih calon angkasawan negara?

Kosnya mencecah RM1.13 juta.

Manakala kerajaan Rusia akan membiayai kos latihan dua calon yang telah terpilih dan kos penghantaran seorang angkasawan pertama dari negara ini.

Menurut laporan Bernama, kos tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Prof Dr Ruddin Ab Ghani di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, usaha itu merupakan hasil perundingan perjanjian timbal balik pembelian pesawat pejuang Sukhoi-30 MKM antara kerajaan Malaysia dan Rusia.

Dr Rudin menjawab soalan Shim Paw Fatt (BN-Tawau) yang meminta kementerian menjelaskan perbelanjaan kerajaan dalam proses pemilihan, latihan dan penghantaran angkasawan negara ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) Oktober ini.

Dr Ruddin juga berkata angkasawan negara ke ISS juga, antara lain, akan menjalankan penyelidikan mengenai tindak balas sel barah terhadap rawatan termasuk radiasi.

Mengenai sama ada program angkasawan negara akan diteruskan, beliau berkata, Malaysia bersedia menerima jemputan untuk menyertai misi ke stesen ISS pada masa depan jika ada pihak mencadangkan.

Malaysiakini


Monday, 27 August 2007

UNDANG-UNDANG SYARIAH PATUT GANTIKAN COMMON LAW - FAIRUZ



Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan supaya undang-undang syariah menggantikan common law Inggeris.

Ketua hakim negara juga percaya bahawa seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 perlu dipinda kerana ia memberi laluan kepada undang-undang Inggeris, kesaksamaan dan statut ke dalam undang-undang Malaysia.

Ahmad Fairuz dilaporkan berkata seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, jika terdapat undang-undang tempatan.

Sebaliknya, kata Ketua Hakim Negara itu, mungkin sudah tiba masanya untuk memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara tetapi juga perundangan antarabangsa.

Sumber Malaysiakini


CEKAP BETUL AGENSI KERAJAAN ISLAM HADHARI, ELAUN PUN TERSILAP BAYAR?



Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Nor hari ini mendedahkan bagaimana seorang bekas jurulatih Majlis Sukan Negara (MSN) dibayar elaun walaupun kontraknya telah ditamatkan.

Beliau merupakan bekas jurulatih gimnastik MSN ternyata terkejut dengan kesilapan tersebut.

Walaupun telah berhenti berkhidmat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) pada akhir 2005, tetapi MSN masih terus membayar elaun bulanan kepadanya sehingga Disember tahun lalu.

Bekas Jurulatih tersebut, Yap Yee Yin, 21, berkata MSN telah memasukkan bayaran elaun tersebut ke dalam akaun banknya selama 14 bulan yang berjumlah RM18,000.

Katanya, MSN membayar elaun tersebut sebanyak RM1,300 sebulan, dari bulan Oktober 2005 hingga Disember lalu, walaupun beliau tidak lagi mempunyai sebarang kontrak dengan majlis tersebut.

Yap juga mendakwa separuh daripada wang tersebut perlu diberikan kepada seorang individu yang menurutnya menjadi pengantara dengan MSN bagi membolehkan elaun tersebut dibayar kepadanya.

Beliau merupakan bekas ahli gimnastik negara yang bersara selepas Sukan SEA 2003 di Chieng Mai dan selepas itu dilantik menjadi jurulatih MSN mulai Oktober 2004 dengan kontrak selama setahun, dengan bayaran elaun RM1,150 sebulan.

Selepas tamat kontrak tersebut pada September 2005, Yap berkata, MSN telah menawarkan kepadanya kontrak baru dengan bayaran RM1,300 sebulan, tetapi beliau menolaknya.

"Saya tidak tahu mengenai bayaran tersebut dibuat sehinggalah saya memeriksa akaun bank saya pada bulan Mac tahun lalu setelah mendapat panggilan dari seorang lelaki yang dikenalinya yang berusia 30 tahun.

Lelaki minta separuh

"Lelaki tersebut meminta saya memberi separuh daripada bayaran elaun itu kepadanya tetapi saya enggan berbuat demikian.

"Saya sudah beberapa kali menghubungi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya menghentikan bayaran elaun tersebut, tetapi tiada sebarang maklumbalas.

"Manakala pegawai MSN pula berkata ia masalah teknikal dan ini menyebabkan bayaran terus dibayar ke dalam akaun saya," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Sebelum itu beliau menghantar memorandum mengenai perkara tersebut kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang diterima oleh setiausaha akhbarnya, Shahjehan Abdul Waheed.

Yap diiringi oleh Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor.

"Baru-baru ini lelaki tersebut menelefon saya memberitahu supaya memulangkan membayar elaun tersebut kepada MSN atas alasan telah berlaku kesilapan teknik,” katanya.

Yap mendakwa, lelaki itu berbuat demikian kerana beliau enggan menyerahkan separuh daripada bayaran elaun itu seperti yang dimintanya.

Usaha terancang?

Yap berkata, wang RM18,000 itu masih ada dalam simpanannya dan akan memulangkannya semula kepada MSN.

Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis mengenai perkara itu, Yap berkata, beliau belum lagi bercadang berbuat demikian.

Sementara itu, Ezam mendakwa, pembayaran elaun kepada Yap itu bukan disebabkan oleh kesilapan teknikal.

Sebaliknya, beliau mendakwa, ia merupakan usaha terancang pihak tertentu untuk menyeleweng wang gaji MSN.

Katanya, jelas terdapat unsur negatif yang menggugat kewibawaan badan sukan terpenting negara itu.

Untuk itu, Ezam berkata, sebuah badan siasatan menyeluruh harus ditubuhkan untuk menghadapi kepincangan seumpama itu.

Sumber Malaysiakini


NISA MELAKA ANJURKAN JAMBORI PADA 1 SEPT. SEMUA REMAJA PEREMPUAN DIJEMPUT HADIR


Nisa' Melaka akan mengadakan Jambori Nisa' bermula 1 sept hingga 2 sept 2007. Bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm Sg Udang. Bayaran RM 55.00. Sehubungan itu Nisa' Melaka mengalu-alukan penyertaan semua remaja perempuan yang berumur 12 hingga 18 tahun untuk turut serta dalam jambori ini.

Pelbagai program yang menarik telah diaturkan. Antaranya adalah pengisian1 - Manisnya menjadi gadis suci yang akan disampaikan oleh Dr Maimunah, Dr Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Melaka. Pengisian 2 - My Heart akan disampaikan oleh Ustaz Akhwan Affandi dan Pengisian 3 - Milik Siapakah Gadis Ini yang akan disampaikan oleh En Abd Razak Hassan.

Selain itu Peserta akan di uji ketahanan mental fizikal dan mental mereka dalam outdoor games- Berakit dan Berhalangan. Burung Hantu- merupakan satu slot menguji kekuatan jiwa peserta untuk berhadapan dengan situasi yang mencabar. Slot Mai Skodeng akan memaparkan masalah sosial yang melanda remaja pada masa ini serta beberapa pengakuan remaja yang telah insaf.

Nisa' Melaka mengharapkan Program ini akan mendapat sambutan daripada semua remaja dan sokongan daripada semua ibubapa. Mudah-mudahan sokongan daripada anda akan memberikan kekuatan kepada Nisa' Melaka untuk mengaturkan pelbagai program pada masa-masa akan datang sebagai alternatif kepada berbagai program yang melalaikan remaja hari ini.

Akhirnya kepada ANDA yang telah terbaca ruangan ini harap dapat sebarkan kepada mereka yang terdekat dengan ANDA untuk sama-sama menyertai program ini.

Maklumat lanjut Sila hubungi:
016 6324716 Rogayah
03 6804802 Rohani
013 6674588 Mahani


PEMIMPIN UMNO BERBALAH TENTANG TEMPAT KELAHIRAN UMNO, PERJUANGAN UMNO TERSASAR JAUH TIDAK DIHIRAUKAN


Sehari dua ni riuh rendah pasal tempat kelahiran Umno. Khir Toyo kata Umno diberanakkan di Selangor. Shahrir Samad dan orang Johor kata lahir di Johor.

Itu yang jadi polemik pemimpin Umno. Tetapi perjuangan Umno sudah jauh tersasar dari perjuangan Umno tidak diendahkan.

Bahkan mereka sepatutnya sedar bahawa Umno yang lahir 61 tahun lalu itu, sebenarnya sudah menjadi arwah pada tahun 1987. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang dasar perjuangannya juga sudah berubah kepada perjuangan untuk memuaskan 'nafsu perut dan bawah perut'.

Apa yang difikirkan oleh pemimpin Umno yang ada sekarang hanyalah bagaimana untuk mendapat habuan keduniaan semata-mata. Orang Melayu 'nak mampus' ke, nak tergolek ke tidak menjadi hal bagi mereka.

Media hari ini melaporkan dakwaan orang-orang Johor bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo keliru dengan fakta sejarah apabila mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO ditubuhkan di Kuala Lumpur dan bukannya di Johor.

Setiausaha Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) Wilayah Persekutuan dan Selangor, Lizah Ahmad menegaskan, Mohamad Khir dan semua pihak perlu menerima fakta bahawa UMNO ditubuhkan di Istana Besar, Johor Baharu semasa Kongres Melayu Kedua pada 11 Mei 1946.

Menurutnya, ketika kongres itu, Datuk Onn Jaafar telah membentangkan Rang Surat Tauliah Pertubuhan UMNO yang diluluskan oleh wakil-wakil 29 persatuan dan beliau dilantik sebagai Yang Dipertua parti itu yang pertama.


KES ZAKARIA DEROS : SEPATUTNYA PAK LAH MINTA ZAKARIA UNDUR BUKAN SETAKAT MENGAKU TAK CAMPUR TANGAN


Jika Perdana Menteri seorang yang bermaruah sudah tentu dari awal lagi beliau meminta Adun Pelaburan Kelang, Zakaria Deros meletakkan jawatan, bukan setakat mengaku tidak campur tangan dalam perbicaraannya.

Tetapi oleh kerana PM sendiri memang tidak bermaruah maka itu sahajalah pengakuan yang dibuat. Namun tindakan untuk membersihkan kerajaan negeri tidak dilaksanakan.

Kalau di Jepun bukan setakat sudah di dakwa di Mahkamah, ada ura-ura pun mereka sudah meletakkan jawatan atau bercuti.

Media hari ini melaporkan bahawa Imam Al Hadhari berkata, beliau tidak campur tangan dalam keputusan menggugurkan 13 pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros di Mahkamah Majistret Klang, kelmarin.


Thursday, 23 August 2007

RAKYAT MELAKA DI JEMPUT SERTAI LARIAN MERDEKA


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mempelawa seluruh rakyat Melaka menyertai acara Larian Kemerdekaan(LAM50) pada 2 Sept ini bermula pada jam 8.00 pagi di Pejabat MTD Bukit Baru di hadapan Flat Sri Siantan, Bukit Baru.

Program ini dianjurkan oleh DPPBK sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

Pengarah Program, Puhat Bedol berkata borang penyertaan dan syarat pertandingan boleh didapati di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil setiap hari dari pukul 2.00 hingga 6 petang. Untuk keterangan lanjut sila telefon 016-2109010 (Puhat) dan 06-2672239 (Pejabat PAS Kawasan).


Saturday, 18 August 2007

SAMBUTAN YANG TAK DAPAT SAMBUTAN


Malam tadi bertempat di Dataran Pahlawan Melaka berlangsung sambutan Ambang Merdeka peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Imam Hadhari, Dato Abdullah Ahmad Badawi. Ketua Menteri Melaka, Dato;’ Ali Rustam awal – awal lagi begitu yakin seramai 120 ribu orang akan hadir memeriahkan sambutan tersebut. Akhbar Suara Melaka di muka depan edisi bertarikh 17 Ogos pula mernjangkakan 115 ribu orang akan hadir. Keyakinan ini berdasarkan promosi besar – besaran yang dibuat melalui pelbagai cara dan media massa.

Sambutan Ambang Merdeka dan Hari Kebangsaan dibuat secara besar – besaran seluruh negara bagi menaikkan semangat patriotik agar mengekalkan pemerintahan yang ada yang ada ( Barisan Nasional ) terutamanya menjelang Pilihan raya Umum ke 12 yang akan dijangka akan diadakan pada bila – bila masa. Justeru itu, Kerajaan Barisan Nasional begitu terdesak untuk membuktikan mereka masih relevan dan mendapat sokongan rakyat. Justeru itu semua agensi kerajaan, kakitangan kerajaan dan pelajar sekolah rendah dan menengah dikerah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Setiap sekolah di sekitar bandar Melaka misalnya diminta menghantar antara 400 – 500 pelajar ke sambutan Ambang Merdeka bersama dengan guru mereka. Mereka dikerah berkumpul di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir seawal jam 6 petang. Walau bagaimanapun menurut Utusan Malaysia dan beberapa akhbar utama melaporkan hanya 50 ribu sahaja yang hadir.

Justeru itu, Pak Lah dan pimpinan Barisan Nasional yang lain perlu cermin diri bahawa rakyat sudah muak dengan kerajaan yang ada. Sekiranya tidak ada kerahan dan ‘paksaan’ kepada kakitangan kerajaan dan pelajar yang dibawa dengan bas percuma dan disogok dengan nasi bungkus untuk hadir ke sambutan malam tadi sudah pasti kehadiran orang ramai adalah lebih jauh daripada yang dijangkakan. Ini juga sebagai isyarat bahawa himpunan 100 ribu rakyat untuk menuntut pilihan raya bersih pada 10 November ini akan memberi petunjuk kepada kerajaan Barisan Nasional supaya akur kepada tuntutan rakyat untuk menolak kerajaan yang ada.

Justeru itu, apabila merasakan rakyat semakin menjauhkan diri daripada Kerajaan Barisan Nasional, pilihan raya Umum ke 12 akan datang dijangkan akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dan jijik yang akan dipenuhi dengan pelbagai penipuan dan rasuah seperti yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan pimpinan Barisan Alternatif yang lain.


Thursday, 16 August 2007

SUMBANGAN DERMA UNTUK AKTIVITI PILIHANRAYA DAN PROGRAM DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL (DPPBK) MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK SAMA-SAMA MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN WANG ANDA UNTUK KERJA-KERJA ISLAM BAGI MENAMPUNG KOS PROGRAM-PROGRAM DPPBK DAN JUGA KERJA-KERJA PILIHANRAYA.

PARA DERMAWAN BOLEH MEMASUKKAN INFAQ DAN DERMA DATO'/TAN SRI/DATIN/TUAN-TUAN/PUAN-PUAN/ENCIK/CIK KE DALAM AKAUN MAYBANK NO : 554 110 100 727. ATAS NAMA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL.

SEGALA DERMA DAN INFAQ TUAN-TUAN INSYA ALLAH MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH S.W.T

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA


DPPK BUKIT KATIL ANJURKAN LARIAN KEMERDEKAAN


Batu Berendam : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan mengadakan acara Larian kemerdekaan sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ini. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya, Puhat Bedol di sini petang tadi.
Acara larian ini akan dijalankan pada 2 September 2007 bermula jam 7.30 pagi bertempat di Perkarangan Pejabat PAS DUN Bukit Baru. Menurutnya, yuran RM5.00 dan RM10.00 akan dikenakan kepada remaja di bawah 18 tahun dan dewasa di atas 18 tahun. Hadiah-hadiah lumayan akan diberikan kepada peserta yang menduduki tempat pertama hingga ke 15. Selain itu peserta juga akan menerima baju-T percuma semasa sebelum bermulanya acara tersebut.
Borang-borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Kawasan di talian 06-2672239 atau En Puhat 016-2109010; Zali - 019-4167737 atau Fandy (0176859401).


CERAMAH USTAZ RIDUAN MOHD NOR 18 OGOS


DPP Cawangan Bukit Katil akan mengadakan ceramah umum yang disampaikan oleh AJK DPP Pusat Ustaz Riduan Mohd Nor pada 18 Ogos 2007 bertempat di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil. Ceramah akan dimulakan pada jam 9.00 malam semua rakyat Melaka dijemput hadir.


Tuesday, 14 August 2007

REMAJA 14 TAHUN DIROGOL TEMAN LELAKI SEBAYA DENGANNYA



Ini satu lagi kisah kebejatan sosial yang dilakukan oleh remaja di didik oleh sisyem Islam Hadhari. Sudah sampai masanya kerajaan Islam Hadhari yang memerintah hari ini ditukarkan dengan kerajaan baru.

Media hari ini melaporkan bahawa seorang gadis berusia 14 tahun menjadi mangsa nafsu serakah teman lelaki sebayanya selepas diperdaya remaja terbabit kononnya takut menunggang motosikal berseorangan untuk ke rumah kakak angkatnya di persiaran Hamzah Alang, Kapar, kelmarin.

Gadis tingkatan dua itu dikatakan mengenali remaja terbabit kira-kira tujuh bulan lalu dan setuju untuk ke rumah kakak angkat suspek sebelum bermalam di sana.

Bagaimanapun, pasangan terbabit mengambil kesempatan untuk melakukan hubungan seks tanpa diketahui kakak angkat remaja lelaki terbabit.

Begitulah rentetan kisah 'produk' Islam Hadhari yang membuat durjana di usia muda. Semuanya jelas menunjukkan sistem pendidikan Islam Hadhari gagal melahirkan manusia yang beriman dan beramal soleh. Apatah lagi dengan dasar Islam Hadhari yang mengagung-agungkan pembangunan kebendaan sehingga mengenepikan pembangunan manusia menyebabkan modal insan yang dihasilkan mungkin cemerlang dari segi keduniaan tetapi jahil dari segi ukhrawi.


LEBIH BAIK RAJA NAZRIN JADI PM?


Dari titah dan saranannya adalah diyakini Raja Nazrin lebih berkeupayaan dan lebih telus jika menjadi PM dari PM yang ada sekarang. PM sekarang hanya pandai bercakap untuk membenteras rasuah tetapi pelaksanaannya jauh sekali. Malah kepimpinannya terus dipersoalkan dengan masalah rasuah, penyelewengan dan sebagainya.

Indeks rasuah negara merudum, projek kerajaan dibolot oleh kroni dan suku-sakat orang tertentu, projek kerajaan banyak yang bermasalah, SPR, BPR, PDRM dan lain-lain semakin bermasalah dan tidak diperbaiki dan banyak lagi yang tidak sempat ditulis di sini.

Beliau juga seringkali 'terlepas pandang' melantik individu yang mempunyai kontroversi untuk memegang jawatan penting.

Semalam Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah menyarankan kerajaan meningkatkan usaha menghapus kerenah birokrasi bagi mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.

Menurut baginda, peraturan, permit dan lesen yang diperlukan bagi sesuatu kegiatan perlu dikurangkan kerana prosedur yang terlalu berbelit-belit boleh membuka peluang bagi penjawat awam menuntut bayaran yang tidak sepatutnya.

“Penggunaan internet, sebagai contoh, menggalakkan keterbukaan dan ketelusan bagi semua permit dan lesen. Proses tender juga mestilah dibuat lebih kompetitif dan telus.

“Pemberi maklumat atau mereka yang tampil sebagai saksi dalam kes-kes rasuah pula mestilah diberi perlindungan sebagai satu cara untuk membanteras aktiviti itu,” titah baginda ketika memberi ucaptama di persidangan antarabangsa bertema Cabaran-cabaran Pendemokrasian dan Tadbir Urus Baik dalam Sektor Awam Malaysia.

Kerajaan, ujarnya, juga perlu memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat dengan mudah supaya mereka tidak bergantung kepada sumber-sumber tidak tepat dan bohong kerana sumber yang demikian boleh melekakan mereka dengan perkara-perkara remeh.

Raja Nazrin berkata, tadbir urus yang baik juga menuntut akauntabiliti yang tinggi di pihak mereka yang memegang kuasa.

Menurut baginda, sementara golongan ini perlu diberikan kuasa bagi membolehkan mereka mengurus negara, mekanisme yang efektif perlu bagi mengekang mereka daripada menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu, mengatasi kepentingan ramai.

“Tadbir urus yang baik memerlukan pembabitan orang awam. Rakyat hari ini lebih terpelajar, jadi mereka menuntut yang lebih baik daripada kerajaan, tetapi semakin kurang mempercayainya.

“Mereka mahu mengambil bahagian dalam penentuan dasar dan hanya berminat pada sesuatu keputusan daripada mematuhi peraturan,” tambahnya lagi.

Antara ciri-ciri penting yang perlu wujud dalam pentadbiran yang baik, kata baginda, ialah segala tindak-tanduk kerajaan mestilah sentiasa berlandaskan undang-undang.

Menurut baginda, tidak ada sebarang keputusan di pihak kerajaan yang boleh dijustifikasikan dengan melakukan sesuatu yang melanggari undang-undang negara, atau tindakan-tindakan yang walaupun sah, tetapi boleh dipersoalkan.

“Lebih dari itu, pentadbiran yang baik tidak sekali-kali akan menerima perlakuan yang tidak berprinsip, tidak bermoral dan tidak beretika. Ia tidak boleh wujud tanpa integiriti di kalangan pentadbir,” ujarnya.


PEMUDA UMNO HULUBALANG 'KERIS TUMPUL'



Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyaran penubuhan kumpulan 'pemuda hulubalang' yang bertanggungjawab khusus mempertahankan Umno daripada tohmahan negatif dan memperjelaskan dasar kerajaan di peringkat akar umbi.

Kita hendak cadangkan namanya ditambah di hujung iaitu Pemuda Umno Hulubalang Keris Tumpul kerana Pemuda Umno sekadar menjadi 'YES MAN'. Semua yang dikata oleh pemimpin betul belaka 'Yes Tuan' langsung tidak berani bersuara.

Selain itu Pemuda Umno langsung tidak berani mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu, Politik Melayu dan sebagainya. Ambil sahaja contoh senang bagaimana Pemuda Umno sekadar menjadi Pak Turut bila Mahathir menukar dasar pembelajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Inggeris. Kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang langsung tidak berani disentuh oleh Pemuda Umno sedangkan Umno adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti di DUN Pulau Pinang.

Banyak lagi kalau hendak ditulis 'ketumpulan' Pemuda Umno. Tak cukup satu hari satu malam nak tulis.

Jadi kita menyarankan gelaran yang sesuai dengan mereka ialah Pemuda Hulubalang Keris Tumpul.

Lagi pun sekarang orang dah pakai keris untuk berperang Umno masig guna keris alamat habis semua mati katak lah kalau ikut stail Umno.


NAJIB CUTI 2 MINGGU. TENANGKAN FIKIRAN KE?



Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak bercuti selama dua minggu bermula semalam.

Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad berkata dalam tempoh itu Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan berada di luar negara.

"Datuk Seri Najib dan Datin Seri telah berlepas ke luar negara dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pada jam 10 pagi semalam," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, tarikh muktamad kepulangan Najib ke tanahair akan dimaklumkan kemudian.

NAMPAKNYA BER'SHOPPING' SAKAN ROSMAH KALI INI. TAK TAU BERAPA BUAH KERETA AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBAWA BARANG ROSMAH. MUNGKIN KALI INI PAKAI TRELER PULAK KOT?

TENANGKAN FIKIRAN ATAU MERANCANG STRATEGI BARU? ELOK JUGA KALAU NAJIB FIKIRKAN SEMASAK-MASAKNYA UNTUK LETAK JAWATAN SEBAB KREDIBILITINYA TERJEJAS TERUK DENGAN DAKWAAN BELIAU TERLIBAT DENGAN KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA DAN KEGAGALANNYA MENANGANI ISU HELIKOPTER NURI.

ITU BELUM DIAMBIL KIRA ISU-ISU LAMA YANG MELIBATKAN NAJIB. SEMUA ORANG TAHU ......??????


KEMALANGAN BAS EKSPRES SIAPA YANG SALAH?



Kemalangan Bas Ekspress Super semalam merupakan kemalangan jalanraya terburuk di catatkan setakat ini.

Apa yang dimusykilkan ialah mengapa pihak berkuasa tidak bertindak ke atas pemandu bas tersebut yang mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap.Adakah selepas kejadian buruk seperti ini berlaku barulah hendak bertindak?

Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.

Siapa yang salah? Yang jelas rekod pemandu yang buruk serta rekod pemeriksaan bas yang juga mempunyai banyak masalah menggambarkan kepada kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kemalanagan ini berlaku.

Pertama, kemungkinan pemandunya yang cuai dan memandu dengan tidak mengikut peraturan (rekod pemandu yang buruk) atau juga keadaan bas yang teruk (seperti rekod di atas). Malah umur bas yang menjangkau 20 tahun juga boleh dipersoalkan (Nuri lagi teruk 39 tahun).

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendesak Kementerian Pengangkutan dan PDRM menyiasat kes ini dengan terperinci kerana ditakuti ada unsur-unsur rasuah/penyelewengan dengan pemeriksaan PUSPAKOM serta mengapa PDRM tidak bertindak serius memburu pemandu yang mempunyai 2 waran tangkap ini. Adakah pemandu ini 'kebal' atau sememangnya PDRM cuai dalam menjalankan tugas.


Laporan media hari ini.

Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini.

Bas membawa 29 penumpang itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

Nahas ngeri dua kilometer dari Hentian Sebelah Bukit Gantang arah utara dan lima kilometer sebelum Plaza Tol Changkat Jering itu turut membunuh pemandu bas.

Sehingga malam ini, 19 daripada 20 mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti identiti mereka termasuk pemandu bas, Rohizan Abu Bakar, 38, berasal dari Kulim, Kedah.

Penumpang yang maut ialah H. Abu Bakar dan isterinya, Sri Asiah, 32, dari Medan Timur, Indonesia; Krishnan a/l Thirumalai, 46, dari Kuala Ketil, Kedah; Sundram Prya Sam, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah); Fadliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka); Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka).

Mangsa lain Nazri Noordin, 35, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Pang Tee Min, 58, (Jalan Ong Kim Wee, Melaka); Mohd. Yazid Md. Yusoh, 23, (Jasin, Melaka); Md. Basri (Merlimau, Melaka), Kamis Said, 62, dan isterinya, Zaiton Majid, 56, (Masjid Tanah, Melaka).

Turut terkorban ialah Nursaarul Miza Khairi, 27, (Sungai Petani, Kedah); Siti Sophiya Ismail, 23, (Alor Setar, Kedah); Teoh Kee Song, 34, dan isterinya, Cheng Chun Joo dari Padang Temusu, Kedah serta Zuliyani Buang, 25, dari Tanjong Keling, Melaka.

Mangsa yang meninggal dunia di HT petang ini ialah seorang penumpang, Shahril Afendi, 22, dari Alor Star, Kedah.

Lapan penumpang yang parah ialah pemandu kedua, P. Veeraman, 36, dari Sepang, Selangor, dua warga Vietnam yang bekerja di kilang Eastern Asia Industry Sdn. Bhd. di Pulau Pinang iaitu Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.

Turut parah ialah Mohd. Fauzi Hassan, 27, dari Sabah, Zurina Rashid, 23, (Kuala Kedah, Kedah); Mohd. Zahidi Che Ahmad, 22, (Kelawang, Langkawi); Siew Ken Meng, 21, dari Melaka dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya.

Seorang lagi penumpang, Chatrapati Eyam, 24, iaitu warga Nepal pekerja kilang perabot di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Dalam kemalangan pagi ini, bas yang menuruni bukit itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kiri lebuh raya sebelum terbalik dan terhempas ke atas seketul batu besar lalu terhumban ke parit di tepi jalan.

Ini menyebabkan bas itu remuk teruk dengan bumbung dan tempat letak barangnya tercabut.

Insiden itu mengakibatkan penumpang terperosok dan banyak mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan mereka yang jatuh bertindih antara satu sama lain.

Kebanyakan mereka dipercayai mati kerana kecederaan parah di kepala dan dada ekoran hentakan kuat ketika bas terhempas ke batu.

Seramai 40 anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir tiga jam mengeluarkan mangsa.

Kerja-kerja menyelamat hanya selesai kira-kira pukul 10 pagi.

Jumlah mayat terlalu banyak menyebabkan Unit Forensik HT kekurangan kakitangan menjalankan bedah siasat dan terpaksa meminta bantuan pegawai forensik hospital berhampiran termasuk Ipoh, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak menegaskan, pihaknya akan menyiasat punca kemalangan sama ada disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal bas.

“Tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian tetapi jalan di situ agak menurun, mungkin bas terhumban masuk ke parit semasa menuruni bukit.

“Kenderaan ini mungkin remuk teruk sehingga tercabut bumbung dan tempat simpan barang di atasnya selepas terhentak kuat pada batu besar dalam parit itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, ekoran nahas tersebut, kementerian menubuhkan pasukan penyiasat melibatkan pegawai Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros), JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

“Berdasarkan rekod juga, kita dapati bas terlibat sudah berusia 20 tahun, kali terakhir membuat pemeriksaan Puspakom ialah pada Mei lalu dan patut diperiksa semula pada November ini.

“Kita juga siasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada struktur jalan raya, pengurusan bas dan keadaan bas itu sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HT di sini, hari ini.

Bas Super Express itu milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad.

Turut hadir Ketua Trafik Persekutuan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Taib.


Monday, 13 August 2007

KAKAK DURJANA



TAIPING: Kakak durjana! Tergamak seorang kakak membantu rakan lelaki merogol adik kandung sendiri. Tetapi itulah realiti yang berlaku di zaman Islam Hadhari yang caca marba ini. Tindakan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai bersubahat dengan seorang lelaki yang merogol adiknya ini berlaku di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau, dekat sini.

Berikutan itu, polis memburu seorang lelaki berusia 20-an selepas menahan kakak mangsa pada hari sama kejadian rogol itu berlaku dan direman seminggu bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata kejadian berlaku ketika mangsa, pelajar berusia 17 tahun, sedang berbasikal dari rumahnya ke sekolah kira-kira jam 6 pagi pada 6 Ogos lalu.

Katanya, ketika dalam perjalanan, mangsa bertemu kakaknya yang datang bersama seorang lelaki dengan menaiki sebuah motosikal dipercayai dari bandar Taiping.

“Si kakak meminta wang daripada adiknya tetapi apabila mangsa memberitahu dia tiada wang, kakaknya menampar dan menolaknya sehingga jatuh.

“Lelaki yang datang bersama kakaknya kemudian menarik pelajar itu ke dalam semak dan merogolnya sebelum meninggalkan gadis itu dan melarikan diri bersama kakaknya menaiki sebuah motosikal.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Batu Kurau. Polis menahan kakak mangsa pada hari kejadian dan kini direman selama seminggu,” katanya.

Raja Musa berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis sedang memburu lelaki yang merogol pelajar itu.

Berikutan itu, katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin dan melaporkan kepada polis jika melihat individu mencurigakan di tempat mereka.

“Maklumat orang awam penting dalam membantu polis menyelesaikan kes jenayah Mereka yang mempunyai sebarang aduan atau laporan diminta segera ke balai polis berdekatan,” katanya.

Zaman Islam Hadhari ini ada ayah tak kenal anak, anak tak kenal ibu, cucu tak kenal nenek atau kakak tak kenal adik apa nak jadi.

Namun kerajaan Islam Hadhari terus menyepi diri tidak mahu mengambil tindakan drastik membasmi masalah sosial yang kronik ini.


CUKAI PENDAPATAN DIKURANGKAN PADA BAJET 2008


Bajet 2008 yang dijadual dibentangkan pada 7 September ini dijangka mencadangkan pelbagai insentif fiskal dan bukan fiskal, termasuk pengurangan ke atas kadar cukai individu.
Ini merupakan satu lagi langkah untuk mengabui mata rakyat demi untuk mendapatkan undi. BN akan menggunakan apa sahaja untuk tujuan mendapatkan sokongan rakyat.

Berhati-hatilah wahai sekelian rakyat jelata


BN CAKAP TAK SERUPA BIKIN


BN sentiasa tunaikan janji pilihan raya itulah tajuk dalam suratkhabar Utusan Meloya hari ini. Biasalah surat khabar Utusan memang terkenal kaki ampu dan bodek kerajaan sebab sememangnya ia surat khabar milik Umno.

Tetapi hakikatnya BN hanya pandai berjanji. Banyak janjinya hanyalah menanam tebu di bibir mulut.

Masih ingatkah kita tentang janji Imam Hadhari untuk membenteras rasuah. Tetapi malangnya rasuah terus meningkat. Indeks rasuah negara juga terus merudum.

Begitu juga janji BN untuk membela rakyat. Hakikatnya rakyat bukan dibela tetapi di bala oleh BN dengan kenaikan harga minyak, harga minyak dan berbagai lagi. Rakyat juga terus 'dibala' dengan Akta ISA, OSA, AUKU dan lain-lain yang digunakan untuk mengekalkan kuasa BN.

Malah BN berjanji untuk memberikan kesejahteraan kepada semua hamba rakyat malangnya masih ada rakyat yang tidak menikmati elektrik dan jalar tar.

Semuanya omong kosong sahaja.


Friday, 10 August 2007

CERAMAH TERDEKAT DI KAWASAN JASIN


PENCERAMAH : USTAZ NASARUDIN HASAN TANTAWI (TIMB.KETUA PEMUDA PAS PUSAT)
TEMPAT : PARIT PERAWAS, SG RAMBAI MELAKA
TARIKH : 10 OGOS 2007
HARI : JUMAAT
MASA : 9:00 MALAM


HI-TEA BERSAMA HJ MAT SABU (NAIB PRESIDEN PAS PUSAT)
TEMPAT : KOMPLEKS PAS KAWASAN JASIN (KOMPAJ)
TARIKH : 11 OGOS 2007
HARI : SABTU
MASA : 5:00 PETANG


CERAMAH UMUM HJ MAT SABU
TEMPAT : AIR MERBAU
TARIKH : 11 OGOS 2007
HARI : SABTU
MASA : 9:00 MALAM


CERAMAH UMUM EZAM MOHD NOOR & USTAZ KAMARUDIN BIN HJ SIDEK
TEMPAT : MARKAS PAS TEDONG, MELAKA
TARIKH : 12 OGOS 2007
HARI : AHAD
MASA : 9:00 MALAM


NAJIB YANG SEPATUTNYA UNDUR DULU


Media melaporkan bahawa Najib Tun Razak menasihatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak sanggup berjuang untuk kesejahteraan rakyat agar tidak lagi menawarkan diri menjadi wakil rakyat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatan ADUN dan panggilan ‘YB’ (Yang Berhormat) bukan hanya sekadar panggilan glamor tetapi sebaliknya diiringi tanggungjawab yang berat dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sedarkah Najib sepatutnya beliaulah mengundurkan diri terlebih dahulu kerana Najib sendiri sudah hilang kredibiliti akibat berbagai kontroversi yang mengaitkan beliau dengan kes Altantuya, komisen kapal selam dan lain-lain.

Kontroversi beliau ini sebenarnya lebih besar dari isu-isu kelemahan dan ketidaksanggupan wakil rakyat untuk berjuang.


SERUAN NAJIB INI ADALAH IBARAT KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL


RAFIDAH TAK PERLU AJAR TOK GURU


KOTA BARU: Rafidah semalam mengkritik dengan menyatakan bahawa Kerajaan negeri pimpinan PAS perlu menghentikan tindakan cuba "membunuh" budaya Kelantan dengan menyekat budaya itu daripada diperkenalkan kepada umum, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau berkata budaya Kelantan yang antaranya dikenali di seluruh dunia seperti tarian Mak Yong dan Wayang Kulit, tidak seharusnya dibiarkan pupus kerana ia merupakan identiti rakyat negeri itu.

Rafidah yang juga Ketua Wanita Umno, berkata langkah kerajaan negeri yang menyekat kesenian budaya itu daripada berkembang dianggap tidak wajar kerana budaya mencerminkan cara kehidupan rakyat Kelantan.

"PAS perlu faham untuk membezakannya kerana budaya dan agama adalah berbeza. Budaya adalah cara kehidupan kita manakala agama adalah kepercayaan kita.

"Malahan jika kita lihat, orang Islam di negara China mempunyai budaya mereka sendiri, termasuk orang Islam di Arab, Mesir dan India.

"Mereka juga mengekalkan budaya mereka sedangkan Islam telah menapak di negara-negara itu jauh lebih lama berbanding di negara kita," katanya pada majlis penyampaian dermasiswa untuk 400 pelajar sekolah menengah di negeri ini di sini hari ini.

Kerajaan Kelantan melarang sebarang persembahan Mak Yong, Wayang Kulit dan Menora dibuat di tempat terbuka kerana ia dianggap bercanggah dengan akidah Islam.

P/S : Kalau setakat berhujah dengan akal tak payah bercakap lah wahai Mak Dah oooi sebab Hukum Agama mesti dipatuhi bukan pakai nafsu dan akal. Makin banyak Mak Dah bercakap makin terserlahlah kejahilan kamu wahai Mak Dah.


Thursday, 9 August 2007

DAKWAT BOLEH 'ON'


Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kaedah penggunaan tanda dakwat pada jari yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum akan datang dibolehkan dari segi hukum syarak.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, hasil analisis sampel dakwat oleh sepasukan pakar dari Jabatan Kimia dan Bahagian Proses Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati dakwat tersebut tidak mengandungi sebarang unsur najis.

Beliau berkata, dakwat yang tidak dapat dipadamkan itu juga bersifat telap air dan tidak mendatangkan sebarang mudarat sekiranya dicelup pada tangan atau kuku.
Jadi penggunaan dakwat boleh 'on' untuk pilihanraya umum akan datang.

SPR jangan cuba hendak berdalih lagi.


Wednesday, 8 August 2007

BN JANGAN HARAP MENANG PERCUMA


Parti pembangkang berhasrat menawan semua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya umum akan datang tanpa memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) menang tanpa bertanding.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, parti pembangkang telah membuat ketetapan bahawa semua kerusi baik peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, sejak dua bulan lalu kesemua parti pembangkang telah mengadakan perbincangan berhubung persiapan jentera pilihan raya dan juga pembahagian kerusi sesama mereka.

“Masing-masing telah memberikan senarai calon mereka yang akan bertanding kelak dan ia sedang disenarai pendek berdasarkan pelbagai aspek yang akan membawa kepada kemenangan.

“Senarai calon ini dijangka akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat kerana kita menjangkakan pilihan raya umum akan berlangsung sebelum hujung tahun ini. Setakat ini perkembangan perbincangan antara kami amat memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Perhubungan PKR Negeri Sembilan oleh Presiden parti itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

BN JANGAN HARAP UNTUK MENANG PERCUMA KALI INI


DERMA UNTUK TABUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL (DPPBK) MEMBERI PELUANG KEPADA PENGUNJUNG UNTUK SAMA-SAMA MENGINFAQKAN SEBAHAGIAN WANG ANDA UNTUK KERJA-KERJA ISLAM BAGI MENAMPUNG KOS PROGRAM-PROGRAM DPPBK DAN JUGA KERJA-KERJA PILIHANRAYA.

PARA DERMAWAN BOLEH MEMASUKKAN INFAQ DAN DERMA DATO'/TAN SRI/DATIN/TUAN-TUAN/PUAN-PUAN/ENCIK/CIK KE DALAM AKAUN MAYBANK NO : 554 110 100 727. ATAS NAMA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL.

SEGALA DERMA DAN INFAQ TUAN-TUAN INSYA ALLAH MENDAPAT GANJARAN DARI ALLAH S.W.T

JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA


Monday, 6 August 2007

POLIS TIDAK PROFESIONAL DAN TIDAK DEMOKRATIK



CATATAN USTAZ NASARUDDIN TANTAWI - TIMBALAN KETUA DPP PUSAT






Setelah bertungkus lumus mencari kenderaan akhirnya saya berjaya menghubungi sahabat yang kebetulan tidak bekerja kelmarin untuk menemani saya ke Melaka bersama keretanya. Terima kasih dan jazakumullah buat sahabat yang sedia membantu dan berkorban demi melancarkan tugas saya menyampaikan dakwah dan mesej perjuangan suci ini.

Saya dijadualkan berada di Markaz PAS Bukit Katil Melaka pada jam 7.30 pm semalam untuk menyampaikan Kuliah Haraki yang bertajuk Penarafan Sumbangan kepada Pengorbanan dan menyampaikan ceramah umum di Kampung Paya Dalam sekitar setengah jam perjalanan dari Bukit Katil .


Kereta Rosak

Malangnya kereta saya mengalami kerosakan teruk sehingga terpaksa ditahan dalam "wad" untuk top overhaul . "Doktor" kata gasketnya terbakar dan air sudah masuk ke dalam enjin . Menurut "doktor" tadi , kereta saya terpaksa ditahan sehingga hari jumaat ini.

Entahlah , masa saya untuk berlepas ke Melaka sudah agak lewat sehinggalah jam 2.00 pm baru saya boleh confirmed kenderaan dan sahabat yang akan menyertai sama ke Melaka. Kami berlepas jam 3.00 pm dan hanya mampu sampai ke Bukit Katil pada jam 8.25 pm.

Pun begitu alhamdulillah , saya masih berkesempatan untuk meneruskan pembentangan Kuliah Haraki biarpun sekadar setengah jam. Peringkat awal memang saya sedikit terganggu dengan pemikiran saya asyik memikirkan kos "angkat enjin" yang pastinya akan dituntut bayar pada jumaat ini.

Tambahan pula keadaan menjadi kelam kabut kerana kelewatan tiba dari waktu yang dijadualkan. Tetapi alhamdulillah , sejurus saya menaiki markas atau surau tempat program itu berlangsung , tiba - tiba saya kembali bersemangat dan bertenaga ( walaupun masa tu perut agak lapar sebab belum makan ) melihat wajah - wajah ceria dan semangat setia menanti dan menunggu walau hampir sejam terlewat.

Tahniah dan terima kasih buat ahli jamaah Bukit Katil atas kesungguhan kalian. Hilang sebahagian besar masaalah yang sedang saya alami.

Sebaik sahaja selesai Kuliah Haraki , saya berangkat segera ke tempat ceramah umum yang jaraknya sekitar setengah jam perjalanan .

Setelah selesai ucapan aluan dari pihak penganjur , saya dijemput untuk memulakan ucapan dengan bantuan slide show pada jam 10.55 pm sebagai penceramah terakhir.


Polis Tidak Profesional

Namun apa yang memeranjatkan saya , sekitar jam 11.15 pm , sekira - kira 20 minit saya berucap , saya menerima notice agar menghentikan ucapan pada jam 11.20 pm atas arahan pihak polis. Peringkat awal saya tidak memperdulikan notice tersebut , sebab saya berceramah di rumah ahli PAS dan audien berada dalam perkarangan rumah ahli PAS tersebut.

Tetapi ,saya terus menerus diberi notice oleh pihak penganjur agar saya menghentikan segera ceramah pada malam itu. Saya mohon izin untuk terus berceramah hingga jam 11.30 pm paling kurang , tidak termasuk waktu kecederaan .

Pihak penganjur tetap mengarahkan saya menghentikan ceramah. Akhirnya saya akur kerana menghormati penganjur. Pada mulanya saya bertekad untuk terus berceramah hingga jam 12.00 mlm seperti biasa ceramah saya di tempat - tempat lain.

Apa boleh buat , apabila penganjur sendiri kelihatan serius dan bersungguh - sungguh meminta saya berhenti . Saya berhenti hanya kerana menghormati penganjur bukan kerana saya tunduk dan akur kepada sikap pihak polis yang tidak profesional dan tidakpula demokratik.

Peringkat awal saya juga tidak bersetuju dengan sikap penganjur yang berlembut dan mengalah dengan pihak polis sedang kita berceramah dalam kawasan private area. Tetapi kemudiannya saya difahamkan , langkah sedemikian diambil oleh penganjur kerana menghormati tuan rumah yang merupakan seorang pesara FRU ( bertugas di Terengganu dan bersara pd tahun 2005 ) yang baru menyertai PAS dan malam itu , beliau sendiri menyerahkan borang penyertaannya ke dalam PAS kepada saya.

Saya akur tapi hati ini tidak puas kerana saya baru memberi 40% point atau kandungan ceramah saya pada malam itu.

Sungguhpun begitu , saya doakan agar semua audien dan mereka yang mendengar serta mendapat maklumat mengenai apa yang dibentangkan pada malam itu , mendapat hidayah dan taufiq dari Allah Jalla wa A'la .

Saya terus pulang bersama sahabat kembali ke Balok dengan hati yang terus bungkam terhadap sikap polis yang tidak profesional dan hanya tahu memantau dan menghalang ceramah PAS tetapi membiarkan pula indeks jenayah meningkat agak parah dalam negara kita dewasa kini.

Saya selamat tiba di rumah jam 5.30 am. Buat ahli jamaah PAS Melaka amnya dan Bukit Katil khasnya , selamat berjuang kepada anda semua !


MUHYIDDIN TAK PAYAH SIBUK-SIBUK JAGA PKR



Maka berkatalah Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berkubur selepas pilihan raya umum ke-12 yang semakin hampir.

Beliau berkata, PKR memang sudah lemah dan keadaannya seperti nyawa-nyawa ikan berikutan banyak orang kuatnya telah meninggalkan parti selain mengalami kekalahan dalam pilihan raya kecil.

Menurutnya, PKR yang kini hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen Permatang Pauh memang sudah tidak diterima pengundi, justeru pilihan raya akan datang menjadi medan terakhir perjuangan parti itu.

Kita nasihatkan Muhyiddin supaya tidak perlu menjaga tepi kain orang. Apa yang penting beliau kena perbetulkan Umno yang rosak dan punah itu.

Gejala rasuah (politik wang ) dalam Umno belum di'basuh' lagi. Penyelewengan, penipuan dan penyalahgunaan kuasa didakwa bermaharajalela dalam Umno sehingga bekas orang no 1 Umno iaitu Tun Mahathir pun jadi mangsa.

Pergeseran antara parti-parti komponen juga perlu Muhyiddin redakan. Umpamanya isu tuntutan kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Bacul dan pengecutnya Umno dalam isu kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang pun tiada penghujung. Rasanya tidak cukup satu malam untuk saya nukilkan masalah dalam Umno yang sepatutnya menjadi agenda utama Muhyiddin untuk dibetulkan.

Tidak payahlah Muhyiddin sibuk-sibuk untuk betulkan PKR dan parti-parti pembangkang lain.


RAJA GOBLOK YANG PENGECUT



Hari ini Raja 'Goblok' Malaysia, Zainuddin Maidin berkata bahawa beliau tidak menyifatkan semua penulis blog sebagai ‘goblok’, perkataan Indonesia yang bermaksud dungu atau jahil, kerana dalam kalangan mereka, ada yang bermaklumat, berpengetahuan dan menyebarkan pandangan positif tentang isu semasa.

“Kebanyakan mereka yang ’goblok’ adalah penulis blog politik yang menyebarkan khabar angin dan menyemai rasa saling membenci dalam kalangan rakyat,” katanya kepada Bernama Kuala Lumpur semalam bagi menjelaskan pelbagai laporan media yang memetik beliau sebagai berkata bahawa semua penulis blog adalah ‘goblok’ pada satu sidang akhbar di Melaka minggu lepas.

Zainuddin berkata, penulis blog terbabit dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kebebasan Internet.

Apa yang Raja Goblok takut sangat, Raja Goblok boleh menjawab apa yang diperkatakan oleh blogger melalui media pengampu kerajaan seperti Utusan Meloya, Berita Melayu, TV3 Suku, TV dan Bapak mereka RTM dan lain-lain.

Yang peliknya mengapa Raja Goblok dan kuncu-kuncunya takut dan gerun kepada blogger-blogger ini. Ini semua tak lain tak bukan adalah kerana apa yang diperkatakan oleh Blogger ini adalah benar.


Sunday, 5 August 2007

ZAMAN ISLAM HADHARI BUDAK 12 TAHUN PUN PANDAI MEROGOL


Apa nak jadi dengan remaja yang dididik di bawah sistem Islam Hadhari Pak Lah Badawi. Umur 12 tahun pun dah pandai meROGOL orang.

Kisah yang dipaparkan oleh media hari ini sekali lagi menunjukkan bahawa akhlaq remaja hari ini semakin parah.

Malangnya pemimpin Islam Hadhari terus membisu dan tidak mahu insaf.

Media melaporkan bahawa seorang wanita di Johor Baharu yang membonceng motosikal bukan saja menjadi mangsa kemalangan langgar lari, malah diculik sembilan jam dan menjadi mangsa rogol bergilir-gilir enam lelaki, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, kesengsaraan sembilan jam wanita berusia 30 tahun di lokasi tidak diketahui itu berakhir, apabila polis berjaya menahan ahli kumpulan berkenaan dan membebaskan mangsa, semalam.

Terdahulu, enam lelaki terbabit yang berusia 12 tahun hingga 20-an menggunakan sebuah lori dan melanggar kenderaan mangsa sebelum melarikan mangsa ke tempat tidak diketahui lalu merogolnya berulang kali secara bergilir-gilir.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam kelmarin, mangsa bersama rakan wanitanya berusia 24 tahun yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke Pasir Gudang dari Taman Nusa Damai.

Katanya, tiba-tiba lori dinaiki kumpulan berkenaan melanggar motosikal itu hingga penunggang terbabit gagal mengawal kenderaan lalu terjatuh di tepi jalan.

“Anggota kumpulan berkenaan kemudian turun dari lori dan menangkap mangsa dan melarikannya menggunakan lori itu ke satu lokasi yang belum dikenal pasti.

“Mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir manakala rakannya yang ditinggalkan di lokasi kemalangan membuat laporan polis di balai berdekatan.

“Berikutan itu, usaha mencari dilakukan dan hasil maklumat orang ramai, polis berjaya menangkap lima lelaki terbabit di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini dari jam 9 pagi hingga 4 petang semalam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, di sini, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, seorang lagi perogol dikenal pasti dan usaha menahannya masih giat dilakukan.

Katanya, kejayaan menahan penjenayah itu bukan saja atas usaha pantas polis, malah kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat dengan tepat dan cepat.


Saturday, 4 August 2007

NASIB DAH DEKAT PILIHANRAYA


MELAKA: "Nasib dah dekat pilihanraya, kalau tidak jangan harap nelayan tu dapat bayaran pampasan tu" kata Setiausaha Lajnah Penerangan Negeri Melaka, Ustaz Khirul Che Salleh ketika di tanya tentang berita nelayan Pantai Klebang akan diberi pampasan setelah 2 tahun menunggu.

Media hari ini melaporkan bahawa penantian selama dua tahun seramai 147 nelayan tradisional di Klebang Kecil dan Pokok Mangga, dekat sini, untuk mendapatkan bayaran pampasan daripada kerajaan negeri bakal berakhir Selasa ini.

Ini kerana mereka akan menerima pampasan yang akan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Auditorium Seri Negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menuntut Pampasan Nelayan, Mohd Yusof Hassan, berkata pihaknya sudah menerima surat bagi pembayaran pampasan itu.

Ustaz Khirul berkata, kerajaan Islam Hadhari yang hanya pandai berjanji tetapi jarang menepatinya. Bila rakyat mula membantah mereka buat janji lagi.

"Bila dah dekat pilihanraya barulah mereka kotakan janji" kata beliau.

Nelayan Klebang Kecil dan Pokok Mangga perlu sedar bahawa kerajaan negeri sebenarnya hanya mempermainkan mereka apabila menunggu sehingga 2 tahun baru membayar pampasan tersebut.

Blog ini beberapa bulan lalu mendedahkan kelemahan kerajaan negeri dalam masalah ini.


Friday, 3 August 2007

ROSOL WAHID CAKAP BESAR


Laporan Media hari ini menyerlah betapa pemimpin BN Terengganu bongkak dan bercakap besar. Setiausaha Umno Terengganu, Rosol Wahid berkata mereka percaya selepas Pilihanraya Umum akan datang Terengganu mungkin akan mencapai pembangkang sifar.

Dibawah ini disiarkan laporan tersebut.

Keterbukaan kerajaan umno yang diterajui Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh sejak tiga tahun lahu menjadikan hasrat PAS untuk merampas semula negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang ‘berada dalam keadaan amat mustahil’.

Bagi Umno Terengganu, PAS tidak lebih daripada bermimpi di siang hari jika mereka mendakwa parti itu boleh menang sebagaimana dalam pilihanraya umum 1999.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, tidak ada ruang sedikitpun bagi pembangkang termasuk PAS untuk menang sekali lagi dalam pilihanraya akan datang.

"Umno bukan sahaja akan mengekalkan kuasa tetapi akan memastikan pembangkang sifar. Umno Terengganu akan menjadi kubu Umno sebagaimana Johor.
"Kekuatan Umno sekarang sangat ‘solid’ di semua peringkat. Saya anggarkan sokongan rakyat pada Umno adalah antara 70 hingga 75 peratus, dan ianya dijangka meningkat sehingga 80 peratus menjelang pilihanraya umum kelak,” katanya.

Beliau berkata, kajian Umno negeri mendapati tujuh bagi setiap 10 pengundi dalam sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyokong Umno.

Kajian setiap bulan

Rosol berkata, perangkaan tersebut adalah yang terkini kerana ia dibuat setiap bulan untuk mengetahui maklumbalas rakyat, khususnya pengundi, terhadap kerajaan negeri pimpinan Umno.

"PAS sudah ditolak oleh penduduk Terengganu dan ia tidak lagi relevan kerana pelbagai pembohongan sepanjang empat tahun memerintah dalam pilihanraya 1999," katanya.

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 28 ahli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu 27 Umno dan seorang dari MCA dan menang semua lapan kerusi Parlimen.

Manakala PAS cuma menang empat kerusi DUN dan tidak menang sebarang kerusi Parlimen. Malah Presiden PAS Seri Abdul Hadi Awang turut kalah di kubu kuatnya, di Parlimen Marang.

Empat DUN ini merupakan kubu kuat PAS sejak sekian lama tetapi ini bukan bermakna Umno tidak boleh menang kerana dalam pilihanraya umum 1978, Umno telah menyapu bersih kesemua 28 kerusi DUN ketika itu.

Rosol berkata, Umno enggan bercakap besar dalam isu ‘siapa kuat’ tetapi mahu membuktikannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Beliau juga menyangkal bahawa sokongan kepada PAS meningkat selepas pilihanraya umum lalu, sebaliknya menegaskan ia hanya tipu helah pembangkang sahaja.

"Rakyat menerima pemerintahan kerajaan yang ada sekarang di mana pelbagai projek yang dibuat tidak pernah terlintas di fikiran mereka sebelum ini.

‘Bermimpi di siang hari’

"Projek Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Piala Monsun dan Taman Tamadun Islam tidak pernah ada sebelum ini, tetapi kini menjadi mercu tanda pembangunan yang menunjukkan Terengganu bukan lagi negeri mundur seperti tahun-tahun 1970-an.

"Hasil usaha Umno, pendidikan di Terengganu antara yang terbaik dengan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saban tahun, begitu juga dengan bidang-bidang ekonomi lain," katanya.

Jika PAS mengharapkan berlaku masalah dalaman sekali lagi dalam Umno, Rosol mengingatkan mereka supaya “usah bermimpi di siang hari”.

Rosol berkata, gandingan pemimpin baru dan lama benar-benar menjadikan Umno kuat di semua peringkat - dari cawangan hingga ke negeri. Ini menjadikan politik saling menjatuhkan sesama sendiri sudah tidak berlaku lagi.

Semalam, Abdul Hadi berkata, PAS akan mengekalkan Kelantan dan merampas semula Terengganu berdasarkan ‘mood’ rakyat yang sudah mula menilai pemerintahan PAS selama empat tahun dengan kerajaan BN yang ada sekarang.

Menurut bekas Menteri Besar Terengganu itu, sokongan rakyat kepada parti itu tidak banyak merosot walaupun mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum lalu.


Thursday, 2 August 2007

SATU LAGI KES ' MENGGERUNKAN' : LIMA PELAJAR PEREMPUAN GILA SEKS


PUTRAJAYA: Satu demi satu kes melibatkan pelajar yang dididik di bawah sistem pendidikan Islam Hadhari yang menggerunkan kita. Hari ini media memaparkan kisah 5 pelajar perempuan gila seks yang sering melakukan hubungan jenis sesama pelajar.

Jadi apa lagi yang boleh kita harapkan kepada sistem pendidikan Islam Hadhari untuk mendidik anak-anak kita.

Media melaporkan bahawa lima pelajar perempuan sanggup menjadi mangsa ratahan seks tiga kumpulan pelajar lelaki yang menggelar kumpulan mereka sebagai `Geng Apache’, ‘Pangkah Shell’ dan ‘Budak Shell’.

Pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun yang belajar di tiga sekolah menengah di sini, adalah antara pelajar yang menjadi kegemaran pelajar daripada tiga kumpulan itu.

Ini disebabkan, pelajar perempuan terbabit lebih mudah ‘diratah’ tubuh mereka berbanding pelajar perempuan lain kerana begitu ketagih dengan seks.

Sumber memberitahu, mereka melakukan seks atas kerelaan masing-masing dan bukannya dipaksa pelajar lelaki terbabit.

Lebih membimbangkan, menurut sumber itu, kegiatan seks itu dilakukan di rumah pelajar perempuan atau lelaki itu sendiri apabila ibu bapa masing-masing keluar bekerja.

“Pelajar ini juga bertindak berani menggunakan rumah mereka untuk melakukan hubungan seks selepas tamat sesi persekolahan iaitu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah,” kata sumber itu.

Menurutnya, kegiatan seks yang dipercayai berlangsung sejak beberapa bulan lalu, terbongkar selepas sekumpulan 25 pelajar lelaki ditahan di dua rumah di Presint 9 dan 11 dekat sini, berikutan kesalahan menghisap rokok dan menghidu gam.

“Selepas disoal siasat sebahagian daripada 25 pelajar lelaki berkenaan mengakui kelima-lima pelajar perempuan itu antara pelajar yang menjadi pilihan ahli kumpulan untuk melakukan hubungan seks.

“Mereka mengakui melakukan kesalahan berkenaan, termasuk menghisap rokok, menghidu gam dan melakukan hubungan seks bebas dengan lima pelajar perempuan terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, pelajar itu mengakui kegiatan mereka tidak dapat langsung dihidu ibu bapa masing-masing kerana bijak menyembunyikannya.

“Apabila bersama ibu bapa masing-masing, mereka akan berbuat seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sebaik saja ibu bapa mereka bekerja, kumpulan pelajar lelaki ini akan berkumpul dan mencari mangsa habuan seks dengan lima pelajar perempuan ini menjadi pilihan utama,” katanya.

Sumber itu berkata, hingga kini, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap kegiatan tidak bermoral itu kerana kemungkinan tiada sebarang laporan polis mengenainya dibuat setakat ini.

Beliau menggesa ibu bapa yang mempunyai anak remaja supaya memantau pergerakan anak, terutama ketika keluar bekerja kerana kemungkinan mereka dipengaruhi rakan melakukan perkara tidak sihat.


SATU LAGI KES ' MENGGERUNKAN' : LIMA PELAJAR PEREMPUAN GILA SEKS


PUTRAJAYA: Satu demi satu kes melibatkan pelajar yang dididik di bawah sistem pendidikan Islam Hadhari yang menggerunkan kita. Hari ini media memaparkan kisah 5 pelajar perempuan gila seks yang sering melakukan hubungan jenis sesama pelajar.

Jadi apa lagi yang boleh kita harapkan kepada sistem pendidikan Islam Hadhari untuk mendidik anak-anak kita.

Media melaporkan bahawa lima pelajar perempuan sanggup menjadi mangsa ratahan seks tiga kumpulan pelajar lelaki yang menggelar kumpulan mereka sebagai `Geng Apache’, ‘Pangkah Shell’ dan ‘Budak Shell’.

Pelajar perempuan berusia antara 13 hingga 17 tahun yang belajar di tiga sekolah menengah di sini, adalah antara pelajar yang menjadi kegemaran pelajar daripada tiga kumpulan itu.

Ini disebabkan, pelajar perempuan terbabit lebih mudah ‘diratah’ tubuh mereka berbanding pelajar perempuan lain kerana begitu ketagih dengan seks.

Sumber memberitahu, mereka melakukan seks atas kerelaan masing-masing dan bukannya dipaksa pelajar lelaki terbabit.

Lebih membimbangkan, menurut sumber itu, kegiatan seks itu dilakukan di rumah pelajar perempuan atau lelaki itu sendiri apabila ibu bapa masing-masing keluar bekerja.

“Pelajar ini juga bertindak berani menggunakan rumah mereka untuk melakukan hubungan seks selepas tamat sesi persekolahan iaitu ketika ibu bapa mereka tiada di rumah,” kata sumber itu.

Menurutnya, kegiatan seks yang dipercayai berlangsung sejak beberapa bulan lalu, terbongkar selepas sekumpulan 25 pelajar lelaki ditahan di dua rumah di Presint 9 dan 11 dekat sini, berikutan kesalahan menghisap rokok dan menghidu gam.

“Selepas disoal siasat sebahagian daripada 25 pelajar lelaki berkenaan mengakui kelima-lima pelajar perempuan itu antara pelajar yang menjadi pilihan ahli kumpulan untuk melakukan hubungan seks.

“Mereka mengakui melakukan kesalahan berkenaan, termasuk menghisap rokok, menghidu gam dan melakukan hubungan seks bebas dengan lima pelajar perempuan terbabit,” katanya.

Sumber itu berkata, pelajar itu mengakui kegiatan mereka tidak dapat langsung dihidu ibu bapa masing-masing kerana bijak menyembunyikannya.

“Apabila bersama ibu bapa masing-masing, mereka akan berbuat seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sebaik saja ibu bapa mereka bekerja, kumpulan pelajar lelaki ini akan berkumpul dan mencari mangsa habuan seks dengan lima pelajar perempuan ini menjadi pilihan utama,” katanya.

Sumber itu berkata, hingga kini, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap kegiatan tidak bermoral itu kerana kemungkinan tiada sebarang laporan polis mengenainya dibuat setakat ini.

Beliau menggesa ibu bapa yang mempunyai anak remaja supaya memantau pergerakan anak, terutama ketika keluar bekerja kerana kemungkinan mereka dipengaruhi rakan melakukan perkara tidak sihat.


CERAMAH USTAZ NASARUDDIN DIGANGGU POLIS


BUKIT KATIL : Ceramah Timbalan Ketua Pemuda Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi di Kampung Bukit Durian, Paya Dalam yang terletak di dalam DUN Ayer Molek malam tadi diherhentikan oleh Polis pada jam 11.25 malam.

Ceramah yang julung kali diadakan di kubu Umno itu mendapatkan tentangan dari Umno yang membuat laporan dan meminta Polis mengambil tindakan ke atas penganjur. Ini diakui sendiri oleh salah seorang pegawai Polis ketika berbincang dengan pimpinan PAS Kawasan.

Ustaz Nasaruddin dalam komen spontannya ketika berceramah berasa kesal dengan tindakan Polis tersebut yang disifatkan beliau sebagai tidak mengamalkan prinsip demokrasi.

"Saya hairan mengapa ditempat lain ceramah saya tidak diganggu sehingga selesai pada jam 12.00 malam, mengapa di sini tidak boleh pula, inilah yang dikatakan demokrasi cacar marba yang tidak seragam" kata beliau.

Kampung Bukit Durian sebelum ini memang merupakan kubu kuat Umno di mana ceramah PAS memang sukar diadakan di kampong tersebut.

Salah seorang penduduk yang menyerahkan borang menyertai PAS, Masshor Sumiri, 57 berkata beliau bertekad menyertai PAS kerana Umno jelas tidak mampu untuk memelihara kedaulatan Islam dan Melayu.

“Saya hanya yakin bahawa PAS sahaja yang mampu memelihara dan mendaulatkan Islam. Nak diharap kepada Umno, alamatnya Islam akan diketepikan sedikit demi sedikit”

“Saya pernah bertugas dalam pasukan keselamatan sehingga pencen, jadi saya tahu asam garam dan sepak terajang dalam kerajaan, Islam seringkali dipinggirkan oleh kerajaan” kata beliau yang juga bekas anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berpangkat sarjan.

Menceritakan pengalamannya sebagai anggota FRU, beliau menyatakan bahawa antara tempat beliau berkhidmat ialah di Terengganu selama 13 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau banyak pengalaman pahit dan manis yang diperolehi terutama ketika mengawasi program-program parti pembangkang.

Beliau telah dianugerahkan beberapa pingat antaranya PPN dan PBP atas kecemerlangan perkhidmatannya.

Masshor diberi penghormatan untuk mewakili penduduk menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pada ceramah yang diadakan di rumah Masshor malam tadi. Turut menyaksikan upacara bersejarah itu ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Salim Tahir dan lain-lain AJK Kawasan, Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil.

Ceramah tersebut telah menarik minat penduduk kampung yang tinggal berdekatan tempat ceramah.


Wednesday, 1 August 2007

IMAM AL HADHARI SEKALI LAGI BELAKANGKAN FATWA MUFTI



Sudah menjadi amalan Imam Hadhari membelakangkan Fatwa Majlis Fatwa. Banyak fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dipandang sebelah mata sahaja oleh Imam Al Hadhari ini.

Semalam lagi Imam Hadhari melanggar fatwa mufti dengan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara.

Sebelum ini fatwa Mufti Perak menyatakan jom Heboh haram pun dilanggar. Imam Al Hadhari hanya diam membisu. Diam bukankah tanda setuju dengan perbuatan penganjur meneruskan program Jom Heboh.

Bersalam dengan perempuan bukan muhrim pun dilanggar. Malah bukan sahaja bersalam beliau dengan mesra memegang bahu pelakon Hollywood Michelle Yeoh tanpa segan silu.

Nampaknya menjadi 'penganut' Islam Hadhari memang senang kerana SEMUA BOLEH.

Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun lalu, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan menghormati hukum tersebut.

"Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net sebentar tadi.

"Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan 'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.

Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.

Katanya adalah sesuatu yang ganjil dan aneh, Malaysia yang didakwa bukan negara sekular sebaliknya sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri dan Timbalannya tetapi sanggup mengamalkan perbuatan dan perlakuan yang sama seperti upacara orang 'Barat' dan sekular itu sendiri.

"Amalan ini tiada kaitan dengan agama Islam, mengapa sanggup kita mencontohi budaya barat dan fahaman sekular ini sedangkan diistiharkan negara ini sebuah negara Islam," soalnya lagi.

"Jadi, sekali lagi kita mahu penegasan daripada kerajaan bahawa apa yang dilakukan ini merupakan perbuatan dan amalan sebuah negara Islam atau sebaliknya, dan adakah kerajaan mengiktiraf peranan mufti yang menasihati dari segi hukum agama," katanya.

Ternyata katanya lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menggunakan Islam sebagai cara untuk memperdayakan umat Islam untuk membenarkan segala perilaku dan kecurangan yang dilakukan kepada rakyat jelata.

Katanya mengenakan jasa pahlawan dan pejuang negara adalah sesuatu perbuatan yang baik dan mulia malah pelbagai kaedah dan program boleh dilakukan seperti berdoa, aktiviti penerangan, ceramah dan seminar untuk memperingati Hari Pahlawan daripada melakukan perbuatan syirtik yang bercanggah dengan agama.

"Islam juga menuntut kita memperingati sejarah-sejarah pejuang untuk menaikkan semangat keberanian dan sebagai pedoman masa depan tetapi bukan mengalung bunga, bertafakur dan memberi hormat kepada berhala macam zaman jahiliyah dahulu," katanya.

Namun yang berlaku sekarang adalah kecelaruan pihak kerajaan melaksana tuntutan agama apabila masa tertentu mengikut landasan agama dan pada ketika ang lain pula melanggari secara terang-terangan.

Fatwa-fatwa yang mengharamkan kalungan bunga di tugu negara

"Malam berdoa dan melakukan ibadat tetapi siangnya melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan pula. Jelas ini kecelaruan kerajaan BN dan Islam Hadhari ini," katanya.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan, bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakkan kalung bunga di tugu namun bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak.

Manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : “Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Begitu juga dengan Fatwa Mufti Perlis bahawa berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah dalam surah al Maidah ayat 90.

Ayat itu bermaksud:”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Dan keterangan kepada ayat itu memberi maksud bahawa “Al-Ansab” merupakan batu orang-orang jahiliyah sembelih korban di sisinya dan beribadat kepadanya manakala berdoa adalah ibadat dan berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Sedutan Harakahdaily


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59