Wednesday, 11 July 2007

WABAK 'MATI TENGAH JALAN' PEMBUNUH UTAMA REMAJA KITA


KUALA LUMPUR : Wabak penyakit 'mati tengah jalan' dikenalpasti sebagai penyakit utama yang membunuh remaja kita sekarang. Seramai 334 remaja berusia 16 hingga 20 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Golongan penunggang serta pembonceng pada usia itu mencatatkan kematian tertinggi iaitu kira-kira 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan di negara ini.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, punca utama peningkatan jumlah kemalangan dan kematian melibatkan golongan muda itu adalah sikap pemandu yang negatif, cuai dan suka memandu laju.

‘‘Golongan ini gemar menunggang secara berbahaya dengan menunjukkan pelbagai aksi termasuk menunggang sambil mengangkat tayar hadapan motosikal dan terus memecut walaupun sewaktu lampu isyarat berwarna merah bagi menarik perhatian orang ramai.

“Mereka lebih mementingkan keseronokan tanpa mempedulikan keselamatan diri mahupun pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilakukan bagi menangani masalah kemalangan motosikal terutama ke atas golongan remaja.

Dari statistik di atas adalah jelas bahawa sistem pendidikan kita gagal melahirkan remaja yang berdisiplin dan berakhlaq. Ini semua adalah disebabkan sistem pendidikan hanya mementingkan peperiksaan dan kecemerlangan akademik semata-mata.

Soal akhlaq, budipekerti dan taqwa tidak dititikberatkan yang akhirnya remaja yang cemerlang dari segi akademik tetapi punah dari segi perangai dan agama.

Lebih parah lagi remaja yang lemah dalam pelajaran juga turut luntur dari segi akhlaq dan agama. Tidak ada apa yang dapat diharapkan lagi kepada golongan ini akibat kegagalan sistem pendidikan mentarbiah dan melatih menjadi insan yang berakhlaq mulia.

Akhirnya oleh kerana lemah jatidiri agama dan budipekerti mereka gagal menilai kegiatan yang mereka buat samada bermanfaat dan halal disisi agama. Maka lahirlan mat rempit, mat gian, mat lepak, minah rempit, minah tenggek dan sebagainya.

Pada masa yang sama kerajaan Islam Hadhari menyogokkan pula remaja dengan hiburan yang melampau dengan konsert dan program maksiat. Maka lengkaplah sebuah 'pusat tarbiah' melahirkan remaja yang terjebak dengan pelbagai wabak penyakit yang berjangkit ini.

Selagi sistem pendidikan tidak dikembalikan kepada Islam selagi itulah isu ini tidak akan selesai. Tambahlah seberapa polis, keluarkan berjuta-juta saman, binalah jutaan penjara, semua itu tidak akan menakutkan mereka kerana tiada keberkatan dari Allah.

Fakta :

Sehingga Mei lalu, seramai 1,502 penunggang dan pembonceng motosikal terbunuh.

Polis Trafik telah mengeluarkan sebanyak 51,243 saman ke atas penunggang motosikal yang memandu tanpa lesen dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Golongan remaja sekali lagi berada di tangga teratas dengan jumlah 22,384 saman dikeluarkan kepada mereka, mewakili 44 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59