Monday, 2 July 2007

UMNO TAKUT KEPADA PENULIS BLOG


Umno mengakui bahawa Blog berjaya mempengaruhi minda rakyat sehingga terpaksa melantik penulis khas menangkisnya.

Media hari ini melaporkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan melantik penulis khas bagi menangkis semua fitnah terhadap pemimpin negara yang disiarkan melalui laman blog di Internet sebagai strategi parti menghadapi perang siber.

Ahli MT, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau mengetuai gerakan membendung fitnah itu pada mesyuarat MT, baru-baru ini.

Menurutnya, langkah itu adalah antara dua strategi utama UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang selain mendaftarkan secara aktif ahli-ahlinya sebagai pengundi.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai blog yang dimaksudkan itu dan cara ia dilaksanakan nanti.

‘‘Setakat ini, kita mempunyai ramai penulis bagi menjalankan perang siber ini. Saya akan berjumpa dengan pengerusi dan ketua bahagian di seluruh negara dalam siri jelajah nanti.

‘‘Setiap negeri akan diminta menyediakan wakil penulis untuk membantu kita nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu semalam.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Y.H. Diego.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59