Tuesday, 3 July 2007

TOK GURU MASUK HOSPITAL TAPI SUDAH SIHAT



KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mengalami masalah jantung dan darah tinggi, kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini kerana keletihan.

Seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar itu berkata Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke HUSM sejak petang Sabtu lepas selepas mengadu penat.

"Tok Guru (Nik Aziz) mengadu penat selepas terpaksa menghadiri banyak tugasan rasminya sebelum itu dan tidak cukup rehat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini adalah kali keempat Nik Aziz, 75, dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas mendapat serangan jantung pada akhir 2004.

Selain mengalami masalah jantung, beliau juga pernah dirawat kerana gastrik.

Pegawai itu bagaimanapun berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan Tok Guru kerana kesihatannya semakin baik dan perlu mendapat rehat yang secukupnya.

Sementara itu pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood ketika ditemui selepas mewakili Nik Aziz merasmikan Seminar Saidatina Khadijah Al-Khuwailid di sini mengakui Menteri Besar itu sebelum ini nampak begitu letih.

"Disebabkan terlalu banyak menghadiri tugasan menyebabkan Tok Guru tidak sempat untuk menjamah makanan terlebih dahulu dan kemungkinan itu faktornya (dimasukkan ke hospital)," katanya.

Sambil mengingatkan penganjur agar tidak mengabaikan aspek kesihatan Nik Aziz sebelum merasmikan program yang dianjurkan mereka, Abdul Patah berkata: "Kadang-kadang penganjur lupa untuk bertanya sama ada Tok Guru sudah makan atau belum dan perkara ini amat dikesali," katanya.

SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR TOK GURU CEPAT SEMBUH

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59