Tuesday, 3 July 2007

TIMBANG RASALAH SIKIT



ALOR GAJAH : Operasi pasar malam yang dilancarkan oleh Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sejak Mei lalu sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 25 kompaun ke atas para peniaga yang tidak berlesen.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPAG, Radzyma mahat berkata, operasi tersebut turut dijalankan pada hari biasa dan juga pada hujung minggu meliputi semua pasar malam di daerah itu.

"Selain kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari pihak MPAG, peniaga juga gagal mempamerkan lesen perniagaan, tempat perniagaan yang kotor, tiada suntikan perubatan bagi pengendalian makanan, tidak memakai apron dan tidak memakai penutup kepala," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Katanya Operasi pemantuan itu akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan para peniaga tidak melakukan kesalahan yang sama dan sentiasa mematuhi arahan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan MPAG.

MENGAPA PENIAGA KECIL-KECILAN INI DIKENAKAN TINDAKAN SEDEMIKIAN RUPA TETAPI JERUNG-JERUNG YANG TIDAK MEMBAYAR CUKAI TANAH DAN RUMAH DILEPASKAN. MALAH MENTERI YANG TIDAK MEMBAYAR BIL TELEFON PUN DIBIARKAN SAHAJA.

BANGUNLAH WAHAI RAKYAT. TUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM DAN TIDAK ADIL INI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Wahai saudara ,
saya rasa ini bukan sikap zalim tetapi untuk kebaikan bersama . Pengendali makanan mestilah menpunyai sikap berdisiplin senantiasa.Kebanyakan mereka mengamal kan sikap pengotor .Juga undang undang perlu untuk mengatasi keadaan seperti ini.Lain lah kalau PAS memerintah ,saya tak dapat bayangan ?????. Tapi saya sokong Ikan besar selalu terlepas dan ini mesti diperbaiki.
Assalammualaikum.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59