Thursday, 12 July 2007

TAKUT KEHILANGAN KUASA


Manusia bila sudah berkuasa seakan-akan kemaruk dengan kuasa. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi mampu mentadbir walaupun sebenarnya memang mereka tidak berdaya dek kerana sakit atau sebab-sebab lain. Itu lumrah manusia yang sangat cintakan kuasa, harta dan wanita.

Sebab itulah ramai dikalangan pemimpin dunia yang 'mati berdiri dalam pejabat'. Di Malaysia ada 2 orang lagi pemimpin sebegini. Seorang menteri yang menjaga jalanraya dan seorang lagi Ketua Menteri di negeri kepulauan Borneo.

Kedua-dua sudah menjadi menteri dan Ketua Menteri lebih dari 25 tahun. Bukan itu sahaja usia mereka memimpin parti masing-masing juga lebih dari 25 tahun juga. Mengapa liat benar mereka nak melepaskan jawatan itu? Tidak lain dan tidak bukan jawapannya ialah cintakan kuasa dan harta. Sebab dengan kuasa mungkin mereka boleh mengumpul harta kekayaan.

Salah seorangnya sekarang dikatakan sedang sakit di Australia. Dengar khabarnya bukan sakit biasa tetapi sakitnya agak berat. Namun sehingga kini dia dilihat masih lagi sayang kepada kuasanya. Sebab itu susah benar beliau hendak melantik penggantinya.

Mungkin tiada calon pengganti yang sesuai agaknya. Atau si tua ini memang tidak yakin dengan kebolehan calon-calon keliling kelalang beliau. Atau mungkin si tua ini ada rancangan untuk melantik anaknya menjadi Ketua Menteri.

Sudah menjadi lumrah alam, biasanya Ketua atau Presiden memang akan mencari calon pengganti yang diyakini tidak akan mengambil sebarang tindakan di atas kesalahan dan dosa yang dilakukannya semasa menjadi ketua dahulu. Sebab itu si ketua sentiasa berhati-hati takut-takut nanti hari pertama dia kehilangan kuasa, dia terus diheret ke mahkamah.

Agaknya itulah yang bermain di dalam kepala si tua dari Malaysia Timur ini. Beliau memang terkenal sebagai seorang Ketua Menteri yang tersangat kaya, sehinggakan anak lelakinya sendiri mampu menguasai sebuah Bank di tanahair. Cuba bayangkan kekayaanya kalau Bank pun dia mampu kuasai dan beli.

Diberitakan suku-sakat 'wok yik' nya bergegas ke Australia awal minggu ini, kononnya mungkin untuk mendengar berita gembira siapa yang akan dilantik untuk memangku atau menjadi Ketua Menteri. Mungkin tiga empat orang itu sudah pasang badan dan berangan-angan untuk menjadi Ketua Menteri. Tetapi sehingga ke hari ini niat dan angan-angan mereka masih belum termakbul. Bila hanya Allah yang mengetahui?

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59