Wednesday, 18 July 2007

SELEPAS 17 NAHAS DAN 72 NYAWA TERKORBAN NURI MASIH MAHU DIGUNAKAN.



Sesudah nahas ke-17 dalam tempoh 40 tahun dan setelah 72 nyawa terkorban kerajaan Islam Hadhari masih berdegil mahu menggunakan pesawat yang boleh dikatakan tidak lagi untuk digunakan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak siang tadi berkata, pesawat itu hanya akan ditamatkan perkhidmatan selepas 1 hingga 2 tahun lagi.

Apakah Najib ingin melihat lebih banyak korban dalam jangkamasa 1 hingga 2 tahun akan datang. Kenyataan Hashidee Murshin Hassim, 29 - rakan Kapten Nor Azlan Termuzi sejak kecil lagi - tentang bagaimana Allahyarham "berasa takut untuk menerbang helikopter Nuri" membuktikan betapa pesawat tua itu memang tidak selamat. New Straits Times (NST) hari ini menyiarkan kenyataan Hashidee itu.

Katanya, laporan dalam News Straits Times itu memetik Hashidee sebagai berkata, Azlan pernah memberitahunya bahawa "dia lebih rela memandu lori ke Kuantan kerana dia berasa lebih selamat".

Kita berasa hairan mengapa susah benar pemimpin Islam Hadhari untuk membuat keputusan memberhentikan operasi Nuri ini. Hendak dikatakan kerajaan tidak ada duit tidak mungkin kerana, Perdana Menteri sendiri boleh membeli Jet Peribadi baru, pesawat Sukhoi baru boleh dibeli dan bermacam-macam kelengkapan baru dibeli. Mengapa pesawat Nuri ini masih tidak mahu diganti.

Bukan seorang yang mati, bukan hanya 1 atau 2 nahas yang berlaku tetapi ianya mencecah 17 nahas dan mengorbankan 72 anggota tentera kita.

Begitulah lembap dan lemahnya pemimpin Islam Hadhari dalam membuat keputusan penting ini. Mungkin mereka merasakan ianya tidak penting sebab mungkin anak atau adik mereka yang terbunuh.

Dalam kemalangan itu enam anggota TUDM yang terkorban dalam nahas tersebut termasuk Juruterbang Kapten Nor Azlan Termuzi, 29. Lima lagi ialah pembantunya, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, 27, Sarjan Udara Khusnizaim Ariffin, 34, Sarjan Udara Mohd Azmie Md Yassin, 35, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias, 28, dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad, 27.


Kronologi Nuri terhempas

Berikut adalah antara kronologi nahas membabitkan helikopter Nuri sejak 38 tahun lalu:


1. 15 Ogos 2004 – Sebuah helikopter Nuri dipercayai membawa 10 orang penumpang termasuk juruterbang dilaporkan hilang di kawasan Long Seridan tidak jauh dari Miri ke Ba’Kelalan, Sarawak.

2. 30 Mac 2004 – Tiga termasuk juruterbang terselamat apabila helikopter Nuri mendarat cemas di Bukit Kalam, kira-kira tujuh kilometer dari pusat Bandar Labuan, selepas mengalami masalah teknikal pada enjin sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Labuan.

3. 5 Mac 2004 – Dua anggota TUDN maut selepas helikopter Nuri terhempas di Taman Udara, Butterworth.

4. 19 Mac 1997 – Seramai 11 anggota TUDM terbunuh apabila dua helikopter Nuri jenis Sikorsky S-61 terhempas berhampiran Gunung Lumaku, Sipitang Sabah.

5. 16 Oktober 1996 – Dua orang terbunuh, tiga hilang manakala dua lagi selamat selepas helikopter Nuri terhempas di perairan Muka Head, Pulau Pinang.

6. 11 Julai 1991 – Tujuh orang maut apabila helikopter Nuri terhempas ketika cuba mendarat di Banding, Perak.

7. 10 Jun 1991 – Enam anggota tentera terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di kawasan operasi tentera di Banding, Perak kira-kira jam 5.20 petang.

8. 16 Januari 1991 – Helikopter Nuri dalam perjalanan dari Stesen TUDM Sungai Besi ke Kulang Johor terhempas ketika membuat pendaratan kecemaran di sebuah estet di Kampung Parit Zin dekat Muar, Johor.

9. 28 Ogos 1990 – Helikopter Nuri yang membawa sembilan orang dalam latihan pertunjukan udara semperna perayaan Hari Merdeka terpaksa membuat pendaratan cemas di padang sebuah sekolah berhampiran Rawang, Selangor.

10. 18 Disember 1989 – sebuah helikopter Nuri terhempas berhampiran Sungai Lundu, Sarawak, mengorbankan 16 anggota Tentara Darat dan TUDM termasuk Pegawai Pemerintah Markas Divisyen Kedua, Mej Jen Dato' Mustaffa Awang dan Pemerintah Briged Ketiga Infantri, Brig Jen Dato' Hasbullah Yussoff.

11. November 1989 – Nahas terbesar membabitkan Nuri, apabila 21 orang termasuk 15 anggota Pasukan Polis Hutan terbunuh selepas pesawat Nuri terhempas di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan-Perak

12. 11 Julai 1981 – Sebuah helikopter Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak tetapi semua 11 penumpang dan krew terselamat.

13. 25 April 1981 – Dua anggota TUDM terbunuh dan 13 lagi cedera dalam nahas helikopter Nuri ketika ribut di 30 batu nautika dari Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59