Friday, 13 July 2007

SATU LAGI HASIL SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI



KUALA LUMPUR: Sistem pendidikan yang berpaksikan Islam Hadhari ternyata gagal membuahkan remaja dan golongan muda yang berdisiplin dan berakhlaq. Ini semua disebabkan sistem pendidikan tersebut tidak meletakkan Islam dan pembentukan Insan kamil sebagai matlamat.

Akhirnya 'buah yang dituai' majoritinya busuk, layu dan masam. Buktinya satu lagi kejadian memalukan berlaku di sekolah kerajaan Islam Hadhari apabila sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya didakwa bertindak ala samseng dengan membelasah lapan pelajar lain, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, lapan pelajar berkenaan terpaksa menahan kesakitan selepas dibelasah kumpulan pelajar samseng terbabit di sekolah.

Malah, pelajar terbabit tidak menunjukkan belas kasihan dan tidak mempedulikan rayuan mangsa yang dalam kesakitan meminta supaya tidak dibelasah.

Tambah menyedihkan mangsa mendakwa kejadian itu turut dilihat mereka yang lalu-lalang namun tiada yang berani membantu.

Pelajar tingkatan dua yang dikenali sebagai Ming, 14, berkata dia tidak tahu mengapa dia dibelasah.

“Saya tidak tahu apa kesalahan yang saya lakukan sehingga mereka membelasah saya dan tujuh rakan lain.

“Walaupun merayu, mereka tetap membelasah saya. Ada yang cuba melarikan diri daripada dibelasah, namun mereka dibelasah teruk selepas ditangkap,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian kelmarin, dia ditahan kira-kira 12 pelajar yang sama sekolah dengannya dan terus dibelasah.

Katanya, perbuatan itu sudah dirujuk kepada pihak sekolah kerana selain semalam, pelajar yang sama pernah melakukan perbuatan sama ke atas pelajar lain sebelum ini.

“Sejak minggu lalu, mereka sering menunjukkan sikap samseng dengan membelasah pelajar lain tanpa sebab.

“Ramai rakan saya menerima nasib yang sama dibelasah kumpulan pelajar berkenaan,” katanya.

Berikutan itu, Ming membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya, semalam.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Rajeev, 16, berkata pelajar yang menyerangnya turut menggunakan pisau dan buku lima dalam satu serangan lain. Menurutnya, tidak ada sebab munasabah yang menyebabkan mereka membelasahnya bersama lima rakan sekolah Khamis minggu lalu.

Katanya, dia dan beberapa rakannya juga pernah menerima nasib yang sama sebelum ini.
Rajeev turut membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya, semalam.

Kita percaya kewujudan samseng sekolah, peras ugut, buli dan sebagainya berlaku berleluasa di sekolah cuma mungkin tidak dapat dikesan oleh pihak sekolah kerana tiada kejadian berat berlaku.

Semua ini tidak akan dibenteras dengan penguatkuasaan undang-undang. Cuma ada satu cara sahaja iaitu melalui pendidikan agama dan akhlaq bermula dari sekolah tadika hinggalah ke Universiti.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59