Wednesday, 11 July 2007

ROGOL KEGEMARAN BARU REMAJA



KUALA PILAH: Parah semakin parah. Apa lagi yang boleh diharapkan kepada sistem pendidikan Islam Hadhari. Semalam diberitakan kira-kira 300 lebih remaja mati akibat kemalangan jalan raya. Yang terlibat dengan dadah jangan cakaplah.

Hari ini media melaporkan pula satu angka yang amat menggerunkan apabila dinyatakan bahawa jumlah remaja terbabit jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 52 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu mencatatkan jumlah 52 kes berbanding sepanjang 2006 yang hanya 96 kes.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berkata rogol adalah jenayah kedua tertinggi dilakukan remaja sepanjang tahun lalu.

“Daripada statistik 2006, jumlah jenayah kekerasan membabitkan remaja dan pelajar 620 kes dengan kes pergaduhan paling banyak dilakukan iaitu 106 kes diikuti 96 kes rogol,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perkhemahan Kor Kadet Polis Kebangsaan Ke-11 di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, semalam.

Maka jelaslah bahawa keseluruhan sistem pentadbiran dan pendidikan kerajaan Islam Hadhari hancur dan gagal membentuk remaja yang beriman, berakhlaq dan berdisiplin. Apa lagi yang hendak diharapkan.

Selain itu undang-undang ciptaan manusia ternyata gagal menggerunkan pelaku jenayah. Masalahnya pemimpin Islam Hadhari masih degil tidak mahu menerima Islam sebagai cara hidup. Maka terimalah bala Allah sekarang.

Statistik :

1,831 kes jenayah membabitkan pelajar dilaporkan sepanjang 2006.

Jumlah tangkapan - 3,350 orang selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

Jenayah harta benda, 1,211 kes dilaporkan dengan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor didapati paling tinggi dilakukan pelajar iaitu 587 kes.

Kes kedua tertinggi pula kes curi biasa 332 yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

hello,

Tujuan saya komen tentang perkara ini bukan untuk menjatuhkan nama, maruah atau agama sesiapa. Tetapi sedarkah remaja sekarang khasnya melayu yang di didik olih ahli kelurga , kerajaan yang memastikan semua di beri segala kemudahan serta ajaran agama yang cukup juga melibatkan diri dengan gejala social, dadah, bohsia , bohjan , kurang ajar dan bermacam lagi. Tetapi bangsa aging di negara ini tidak di beri perhatian yang secukupnya apatah lagi ajaran agama masing masing dan di biarkan sahaja untuk mencari ilmu sendirian. Bagi agama saya ini di katakan KARMA , selagi sistem ini di anak tirikan selagi itulah para remaja kita akan rosak kerana semua kurikulam untuk para remaja mesti di satukan supaya semua dapat message yang sama.ada pepatah yang mengatakan ' jaga anak orang , anak kita akan sejatera .sikap angkuh , toleransi, gunakan kuasa majoriti dan banyak lagi perkara yang hanya untuk satu kaum di negara ini akan menhancurkan semua.keadaan ini makin hari makin melarat.Akan sampai satu masa keadaan tidak bolih di selamatkan. Bila ini berlaku bukan satu kaum yang akan rugi tetapi semua kaum di negara ini yang rugi.semangat tolerasi, hormat menghormat , sudah tidak ujud lagi malah minda anak muda di rosakkan olih ibubapa , guru ( yang bersikap perkauman ) serta banyak factor menyumbangkan kepada keadaan ini.
Saya minta maaf jika message ini menyinggung perasaan sesiapa .

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59