Sunday, 22 July 2007

PERJUANGAN MENENTANG UMNO BUKAN SUKA-SUKA - NURIDAH



BUKIT KATIL : Perjuangan menentang Umno yang menjadi teras pemerintah hari ini bukanlah perjuangan suka-suka untuk memenuhi masa lapang. Tetapi ianya merupakan kewajipan kerana Umno dan kerajaan hari ini jelas zalim, melaksanakan undang-undang kafir serta gagal melaksanakan amar makhruf nahi mungkar.

"Perjuangan ini bukanlah perjuangan untuk memenuhi masa lapang kerana anak semua dah besar, masa lapang banyak kerana dah pencen dan sebagainya. Tetapi kita berjuang adalah untuk memperbetulkan pemerintah yang gagal mentadbir negara dengan undang-undang Islam, pemerintah juga zalim dan gagal melaksanakan amara makhruf nahi mungkar" kata Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Beliau memberikan contoh kezaliman pemerintah apabila masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)walaupun ianya jelas bertentangan dengan Islam.

Selain itu beliau juga mengingatkan pemimpin kerajaan supaya sedar dan insaf bahawa kuasa mereka suatu hari nanti akan hilang kerana semua orang akan mati.

"Jangan kamu bertindak sesuka hati ketika berkuasa kerana semua kita akan mati. Sesudah mati nanti baru kamu tahu" jelas beliau dengan tegas.

Selain itu beliau juga hairan dengan dakwaan pemimpin Umno yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Bagaimana kita nak panggil negara Islam sedangkan dalam perkara kecil seperti menutup aurat pun pemimpin 'negara Islam' ini tidak lepas. Lihat sahaja isteri Perdana Menteri, isteri Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Wanita Umno adakah mereka menutup aurat" tambah Ustazah Nuridah lagi yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Rumah Ketua PAS Cawangan Bukit Katil, Cikgu Hj Md Yassin Abdul Ghani di sini malam tadi.

Turut menyampaikan ceramah ialah Anggota Jawatan Kuasa Angkatan Muda PKR Pusat, Ginnie Lim Siew Lin dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Hj Bakrin Sidek.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59