Thursday, 12 July 2007

PEMUDA UMNO 'PEMBODEK' YANG HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI



Pergerakan Pemuda Umno memang terkenal dengan sifat pembodek dan 'penjilat' mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin mereka semua betul dan benar. Seolah-olah pemimpin mereka bersifat 'maksum' tiada dosa.

Malah oleh kerana sifat 'yes man' dan pengecut mereka, Pemuda Umno sudah tidak mampu untuk menilai yang mana penting dan tidak penting, yang mana benar dan yang mana salah.

Dalam isu gambar khayalan Najib dan Altantuya ciptaan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua , Pergerakan Pemuda UMNO begitu sensitif sehingga membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sedangkan sepatutnya Pemuda Umno mesti menyiasat samada benar atau tidak Najib ada bergambar dengan Altantuya. Malah tindakan yang lebih penting ialah mencabar Amy (sepupu Altantuya) menunjukkan gambar asli untuk membuktikan samada benar atau tidak dakwaan wanita Mongolia itu.

Selain itu Pemuda Umno sepatutnya juga menyiasat rekod perjalanan Najib ke Perancis, Hotel mana dia menginap dan lain-lain fakta bagi membersihkan nama Najib.

Namun begitu oleh kerana memang sifat Pemuda Umno tidak mahu mencari kebenaran, mereka siang-siang lagi mengalihkan isu ini dengan menyalahkan Tian Chua. Mereka lari dari isu sebenar iaitu mengkaji dan menyiasat samada benar atau tidak Najib pernah bergambar dengan Altantuya dan Razak Baginda.

Isu ini bukan setakat gambar sahaja tetapi ianya bersangkut paut dengan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri sendiri yang sebelum ini menyatakan beliau tidak mengenali Altantuya. Juga ianya lebih besar dari itu, rakyat ingin mengetahui samada Najib terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes ini kerana semua tertuduh adalah orang yang rapat dengan beliau.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59