Wednesday, 18 July 2007

PEMIMPIN UMNO MELAKA RASUAH



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini semalam mengekalkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM60,000 terhadap bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Sahar Arpan yang didapati bersalah kerana tiga tuduhan menyalahgunakan kuasa kedudukan dan melakukan rasuah untuk kepentingan wang, 13 tahun lalu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum, yang mengetuai sidang tiga panel itu, dalam penghakiman lisannya menolak rayuan Sahar dan memerintahkan hukuman penjara terhadapnya berkuatkuasa bermula hari ini.

Sahar, 53, didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 19 April 1999 kerana tiga tuduhan rasuah dengan menyalahgunakan kuasa kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri dalam meluluskan dua bidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat yang dia dikatakan mempunyai kepentingan.

Dia dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda RM20,000 atau penjara enam bulan bagi setiap tuduhan.

Sahar dituduh mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1970 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Sahar telah didakwa mengambil bahagian dalam tiga Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada September 1994, Disember 1994 dan Ogos 1995 yang membuat keputusan terhadap permohonan syarikat Ivory Heights Sdn. Bhd. berhubung permohonan tanah seluas 3.3718 hektar di Mukim Bertam dan 6.8230 hektar di Mukim Bachang.

Selain mengambil bahagian dalam Mesyuarat Exco yang meluluskan permohonan tanah, Sahar juga didakwa terlibat dalam membuat keputusan menukar tempoh pajakan tanah daripada 60 tahun kepada 90 tahun serta meminda pelan dua bidang tanah itu.

Pada 15 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Sahar terhadap sabitan dan hukumannnya itu.

Sahar diwakili peguam bela Peter Siew sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan.

Inilah bezanya pemimpin Umno dan PAS. Tidak pernah Exco Kelantan terlibat dengan rasuah tetapi pemimpin Umno RASUAH jadi pakaian mereka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59