Wednesday, 4 July 2007

Pelan induk pendidikan mula berhasil : Hishamuddin angkat bakul sendiri



KUALA LUMPUR – Menteri Pelajaran, Hishammuddin Tun Hussein berkata Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (PIPP) yang diperkenalkan bagi melonjakkan pendidikan negara menjadi antara terbaik di dunia mula menunjukkan hasil positif sejak dilaksanakan enam bulan lalu. Itulah kata-kata 'masuk bakul angkat sendiri'.

Kita tidak payah melihat jauh, buktikan pelajar-pelajar dan remaja semakin lama semakin hanyut, akhlaq mereka runtuh, budaya samseng berleluasa, buli membuli menjadi mainan pelajar dan bermacam-macam kegagalan sistem pendidikan negara kita. Apakah ini yang dikatakan berjaya oleh Hishamuddin.

Kita semuanya faham kejayaan sebenar pelan ini ialaj mewujudkan peluang perniagaan kepada kroni-kroni Umno melalui projek 'memperbaiki' prasarana pendidikan.

Buktinya Hishamuddin begitu gah mengumumkan bahawa sehingga bulan lepas, sebanyak 4,639 projek baru atau 27.7 peratus daripada jumlah keseluruhan projek di bawah RMK-9 telah siap dan sedang dibina.

Bagi projek sambungan RMK-8, ujarnya, sebanyak 432 projek telah disiapkan.

Jadi melalui pelan ini semakin ramai kroni Umno menjadi jutawan segera. Inilah kejayaan sebenar pelan ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59