Sunday, 29 July 2007

PEGAWAI KENA ISYTIHAR HARTA : PERDANA MENTERI DAN MENTERI BAGAIMANA?


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Bukit Aman yang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas dakwaan salah guna kuasa dan gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta, pernah mengisytiharkan harta sebelum ini, tetapi jumlahnya tidak sebanyak itu.

Sumber memberitahu media, pegawai berkenaan turut memaklumkan semua harta itu diperoleh secara sah, menerusi kegiatan jual beli aset miliknya, termasuk rumah dan tanah sebelum ini.

“Bagaimanapun ketika mengisytiharkan hartanya, pegawai berkenaan tidak pernah memaklumkan pembabitannya dalam bidang perniagaan, termasuk menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat pemaju hartanah,” katanya.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan seorang pegawai kanan polis disiasat BPR kerana disyaki menyalahgunakan kuasa, selain gagal mengisytiharkan harta bernilai kira-kira RM27 juta, yang dipercayai diperoleh secara haram.

Pegawai berusia 50-an itu turut dikatakan menjadi pengarah syarikat yang diberikan kontrak untuk membangunkan sebuah kawasan di Lahad Datu, Sabah, April lalu, namun mendapat bantahan penduduk setempat.

Berikutan itu, pegawai berkenaan didakwa menyalahgunakan kuasanya dengan mengeluarkan arahan supaya penduduk terbabit ditangkap dan BPR memulakan siasatannya dua minggu lalu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang individu tidak dikenali.

Sumber itu turut mengesahkan pegawai kanan itu disiasat BPR di pejabatnya, Khamis lalu selama lima jam berhubung dakwaan itu.

SEPATUTNYA PERDANA MENTERI DAN SEMUA ANGGOTA KABINETNYA JUGA MESTI MENGISYTIHARKAN BUKAN HANYA PEGAWAI SAHAJA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59