Friday, 20 July 2007

PAS NEGERI UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA ANGGOTA TUDM

















BATU BERENDAM :Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka mengucap takziah kepada keluarga anggota TUDM, Flait Sarjan Mohd Azmie Md Yassin, 35 yang meninggal dunia dalam nahas Helikopter Nuri baru-baru ini. Ucapan tersebut di sampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Taman Merdeka, Batu Berendam semalam. Beliau mengharapkan keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah S.W.T yang hebat ini.

Ayah Allahyarham, Md Yassin berkata Allahyarham Mohd Azmie adalah anak sulong dari 6 orang adik beradik. Beliau merupakan anak yang baik dan cukup berdisiplin sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang anggota tentera. Beliau juga memberitahu bahawa rumah yang didiaminya sekarang adalah rumah yang dibeli oleh Allahyarham di mana beliau telah 3 tahun tinggal dirumah itu.

Sementara itu isteri Allaryarham Maizatul Shima Abdul Rasad, 34 ketika ditemui redha dengan ketentuan Allah dan berazam untuk membesarkan sendiri 2 orang anak Allahyarham iaitu Emie Mazleen, lima tahun dan Emie Mazween 11 bulan. Beliau yang bertugas sebagai seorang guru akan pulang ke Kuala Lumpur Ahad ini untuk memulakan penghidupan baru tanpa insan yang disayangi.

Allahyarham Mohd Azmie bersama dengan 5 lagi anggota TUDM lain iaitu Kapten Nor Azlan Termuzi, Kapten Nor Intan Asykeen Mohd Arof, Sarjan Udara Khusnizaim Md Ariffin, Laskar Udara Kanan Saufulizam Alias dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan terbunuh dalam Helikopter Nuri tersebut.

Turut sama menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Azmie ialah Ketua Dewan Muslimat Negeri yang juga Ketua Lajnah Kebajikan Negeri, Dr Khatijah Jumangat; Ketua Penerangan PAS Negeri, Sofi Wahab; Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salim Tahir; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Khirul Che Salleh; Bendahari PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ab Rahhim Idris dan beberapa orang AJK PAS Kawasan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Gambar 1 : Ayah Allahyarham Mohd Azmie, Encik Md Yassin, 2 dari kiri berkain pelekat bersama-sama dengan pimpinan PAS.

Gambar 2 : Ketua Dewan Muslimat Negeri, Dr Khatijah Jumangat bersama-sama dengan isteri Allahyarham Mohd Azmie, Puan Maizatul Shima Abdul Rasad.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59