Tuesday, 3 July 2007

PAKAIAN ARTIS : JAKIM TIADA KUKU



KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jelas tidak berdaya untuk mengawal artis dan menasihatkan mereka dalam hal berpakaian. Jakim bagaikan harimau yang tidak berkuku dan bertaring.

Sepatutnya Jakim mesti bertegas bahawa garis panduan berpakaian mestilah menutup aurat dan berpakaian sopan bagi yang bukan Islam. Dalam hal ini Jakim mesti bertegas bahawa semua artis yang ingin mengambil bahagian dalam rancangan di RTM mesti menutup aurat bagi yang artis Islam.

Malangnya bukan artis sahaja yang gagal di kawal oleh Jakim malah menteri-menteri wanita, isteri Imam Al Hadhari, pemimpin-pemimpin wanita dan Puteri Umno juga dibiarkan terus tidak menutup aurat. Inilah Jabatan Kemajuan Islam HADHARI Malaysia (JAKIHM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata Jakim tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis atau stesen televisyen yang tidak mengikut garis panduan berpakaian.

Ini kerana, katanya, garis panduan yang dikeluarkan itu hanya sebagai panduan serta rujukan kepada seluruh penggiat hiburan dan masyarakat dalam memastikan aktiviti hiburan yang dijalankan menepati piawaian yang ditetapkan oleh ajaran Islam.

Beliau menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada Jakim boleh mengambil tindakan terhadap artis dan stesen televisyen yang tidak mengikuti garis panduan mengenai cara berpakaian yang dikeluarkan jabatan itu.

Mengenai jumlah garis panduan berpakaian artis yang dikeluarkan oleh Jakim, Dr Abdullah berkata setakat ini Jakim mengeluarkan 40 garis panduan berkaitan nasihat dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, katanya kuasa untuk mengawal cara berpakaian artis dan stesen televisyen di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Mereka telah mengadakan jawatankuasa bersama untuk mengatasi masalah itu dengan kementeriankementerian yang berkaitan dan nasihat itu akan dipergiatkan dari semasa ke semasa," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59