Wednesday, 4 July 2007

NASIHAT AKAN TINGGAL NASIHAT SAHAJA. MASUK TELINGA KIRI KELUAR TELINGA KANAN



KUALA LUMPUR: Macamana Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) nak beri nasihat pada artis, isteri Imam Besar Hadhari dan pemimpin-pemimpin wanita Islam Hadhari pun tidak menutup aurat. Soalnya bukan berpakaian sopan tetapi persoalan yang besar ialah pakaian menutup aurat.

JAKIM kena beri nasihat pada Pak Lah, Najib dan lain-lain supaya menyuruh isteri masing-masing tutup aurat lepas baru suruh dan nasihat orang lain.

Media melaporkan bahawa JAKIM tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis atau stesen televisyen yang tidak mengikut garis panduan berpakaian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Ini kerana, katanya, garis panduan yang dikeluarkan itu hanya sebagai panduan serta rujukan kepada seluruh penggiat hiburan dan masyarakat dalam memastikan aktiviti hiburan yang dijalankan menepati piawaian yang ditetapkan oleh ajaran Islam.

Beliau menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada Jakim boleh mengambil tindakan terhadap artis dan stesen televisyen yang tidak mengikuti garis panduan mengenai cara berpakaian yang dikeluarkan jabatan itu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59