Tuesday, 3 July 2007

MENGAPA ALI RUSTAM TAKUT KEPADA VIRUS MELAKA



MELAKA : Merah padam Ali Rustam apabila Menteri Kesihatan Chua Soi Lek menamakan virus yang dijumpai di Melaka di namakan virus Melaka.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan dua tiga hari lalu sedikit pun Ketua Menteri ini tidak senyum.Takut benar beliau kepada nama Virus Melaka itu. Kita dapat mengagak bahawa beliau takut pelancong tidak datang ke Melaka sebab nama itu mungkin menunjukkan Melaka penuh dengan virus dan bahaya untuk dilawati. Sementelah pula beliau begitu bersungguh-sungguh membelanjakan duit rakyat untuk industri pelancongan ini yang kadang-kadang perbelanjaan itu tidak munasabah dan tidak 'viable'.

Tetapi kita hairan mengapa Imam no 3 Islam Hadhari ini tidak kisah dengan laporan bahawa lapan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di bandar ini yang menyeludup masuk ke sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya telah ditangkap oleh polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim). Tidakkah Imam Hadhari no 3 ini risau dan bimbang dengan gejala ini.

Semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu juga mengenakan pakaian seksi dan dikatakan berbuat demikian bagi membolehkan ‘bouncer’ membenarkan mereka masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan ketat.

Tidakkah juga Imam Al Hadahri no 3 risau dengan bertambahnya gejala maksiat dan jenayah di negeri Hang Tuah ini?. Mengapa beliau hanya mementingkan aspek material tanpa memikirkan masalah anak-anak muda Islam, masalah gejala sosial, dadah, jenayah dan rasuah yang semakin berleluasa.

Jawapannya ialah kebimbangan terhadap semua perkara itu memang tidak di ajar oleh Islam Hadhari. Ajaran Islam Hadhari hanya mementingkan aspek dunia dan material.

Syabas Ali Rustam kerana berjaya 'merosakkan' anak-anak muda Melaka dengan kewujudan Pub, Night Club, Dangdut dan sebagainya.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri dan Jaim itu, seramai 37 wanita termasuk kumpulan pelajar perempuan terbabit berusia antara 17 hingga 35 tahun ditahan kerana berpakaian tidak sopan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59