Thursday, 12 July 2007

LONGGAR SUNGGUH KAWALAN KELUAR MASUK SENJATA



Perbicaraan kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang anggota yang bertugas di bahagian persenjataan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman mengenai kelalaian anggota UTK tidak mencatatkan rekod jumlah peluru dan magazin yang dibekalkan kepada mereka.

Konstabel Fatimah Abd Wahap, 30, mendedahkan bahawa bukan beliau seorang sahaja yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan (merekod jumlah peluru dan magazin) tetapi juga beberapa anggota lain, demikian menurut laporan Bernama.

Ketika diminta merujuk buku "Daftar Keluar Dan Masuk Senjata" bertarikh 29 September hingga 2 November 2006 yang mengandungi 65 entri, hanya 16 entri sahaja yang mencatatkan jumlah peluru dan magazin yang dibekalkan.

Lebih memeranjatkan apabila daripada jumlah itu (16 entri), hanya dua sahaja yang ditulis olehnya sendiri.

Gambar atas : Konstabel Fatimah Abd Wahap.

Itulah fakta yang sama-sama kita baca di media semasa perbicaraan Razak Baginda and the Gang.

Cuba tuan-tuan teliti, longgar sungguh kawalan keluar masuk senjata dan peluru. Kalau macam ini tidak hairanlah bagaimana ianya amat mudah di bawa keluar masuk. Mana pergi dakwaan kononnya Polis Malaysia antara yang terbaik di dunia. Kalau begini cara kawalan senjata alamatlah lepas satu trailer senjata hilang pun tidak dapat dikesan.

MUSA HASSAN MESTI BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA RAKYAT MENGAPA PERKARA INI TERJADI. SEPATUTNYA MUSA KENA LETAK JAWATAN ATAS KELEMAHAN YANG MEMALUKAN INI.INI BERKAIT DENGAN MARUAH DAN KESELAMATAN NEGARA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59