Thursday, 26 July 2007

KEBAJIKAN RAKYAT DIBELA DI KELANTAN. NEGERI LAIN BAGAIMANA?


Seramai 60 pewaris kepada warga emas yang telah meninggal dunia dari kawasan Parlimen Pasir Puteh menerima pampasan Takaful Kifaalah semalam.

Setiap mereka menerima cek bernilai RM2,000. Sebelum itu pada hari kematian warga emas terbabit, pewaris tersebut menerima sebanyak RM500 bagi urusan pengkebumian.

Penolong Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Rosli Abdullah berkata, setakat ini seramai 1,550 warga emas yang dicarum di bawah skim tersebut menerima pampasan.

“Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta setahun untuk caruman takaful yang memberi banyak manfaat kepada golongan warga emas,” katanya pada program tersebut.

Menurutnya sejak skim itu dilancar Mac lalu sehingga kini seramai 96,512 warga emas sudah didaftar di bawah Kifaalah tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.

Beliau berkata, keluarga pewaris dapat memanfaatkan wang pampasan yang diberi bagi membayar hutang si mati dan pelbagai keperluan lain.

Oleh itu katanya, sokongan semua pihak diperlukan bagi memastikan program kebajikan yang diperkenalkan kerajaan negeri itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Turut hadir pada majlis tersebut Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat, Penyelia Dun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim dan Penyelia Dun Selising, Drs Saipul Bahrin Mohammad.

Pada program itu juga diadakan jamuan pulut durian yang disumbangkan penghulu Bandar Pasir Puteh, Mat Alias Mat Jusoh. Selain itu turut diadakan cabutan nombor bertuah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59