Tuesday, 3 July 2007

KE MANA EZAM SELEPAS INI? JANJI TAK MASUK UMNO



Ezam Mohd Noor yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, berjanji tidak akan menyertai Umno sebaliknya terus komited dengan pembangkang, khususnya PAS, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Katanya, Ezam yang juga Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), memberi komitmen itu semasa mereka mengadakan pertemuan di ibunegara hari ini.

Ezam yang telah bersama parti pembangkang itu sejak penubuhannya pada 1999, sebelum ini tidak menolak kemungkinan menyertai PAS atau kembali semula ke pangkuan Umno.

Ezam telah meletakkan jawatan ketua AMK dan ketua PKR Shah Alam, empat bulan ago.

Sementara itu, Mahfuz berkata, dalam pertemuan hari ini, PAS dan Gerak bersetuju bekerjasama untuk membangkitkan kesedaran rakyat mengenai apa yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini.

Katanya, beberapa isu yang sedang berlaku seperti politik dan rasuah perlu disebarkan kepada rakyat kerana ia memberi kesan kepada mereka.

Kunjungan balas

"Kita akan mengumpul dan menggerakkan aktivitis masyarakat dari seluruh negara," katanya ketika dihubungi selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor di ibu negara hari ini.

Mahfuz berkata, pertemuan itu juga membincangkan bagaimana untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Ezam juga berjanji akan membantu PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Mahfuz lagi, dua bulan lalu beliau telah berkunjung ke pejabat Ezam di Kelana Jaya dan hari ini bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR membuat kunjungan balas.

"Kami akan bertemu sekali lagi dalam tempoh dua minggu akan datang bagi mengadakan perbincangan secara lebih khusus," katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59