Thursday, 26 July 2007

ISU RAJA PETRA :SIASATAN PILIH BULU. LAPORAN UMNO 24 JAM DISIASAT LAPORAN PEMBANGKANG MASUK TONG SAMPAH


Polis hari ini menyoal siasat pemilik laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin ekoran laporan polis oleh Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib Isnin lepas yang mendakwanya menyiarkan komen sensitif dalam laman blog tersebut.

Pemilik laman blog berusia 57 tahun itu tiba di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini diiringi isterinya Marina Lee Abdullah, 51, dan Ketua Penerangan Parti Keadilan Tian Chua, serta beberapa penyokong pada pukul 11 pagi. Sebelah petang Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa datang untuk berbual sekitar sejam dengan isterinya.

Bernama melaporkan bahawa Raja Petra kemudiannya diiringi seorang anggota polis dibawa masuk untuk memberi keterangan pada pukul 12.15 tengah hari.
Sehingga pukul 6 petang, beliau masih lagi disoal siasat.

Menurut Marina, suaminya menerima panggilan daripada seorang pegawai polis berpangkat "ASP" pada pukul 8 pagi meminta suaminya hadir untuk memberi keterangan.

Gambar ehsan agendadaily.com : Gambar atas wartawan BBC merakam gambar
Raja Petra Kamaruddin manakala dibawah seorang anggota polis
kelihatan membawa Raja Petra untuk di soal siasat.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan Raja Petra dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikelnya di dalam laman blog Malaysia Today pada 11 Julai lepas yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

Raja Petra pernah dipanggil untuk memberi keterangan tahun lepas berhubung artikelnya dalam laman blog tersebut yang bermula sejak Ogos 2004.
Harakahdaily pula menyatakan bahawa ssu ini jelas menunjukkan semakin hari, BN semakin bimbang dengan kewujudan laman-laman blog yang diakui mampu menjejaskan imej mereka, hingga mengambil beberapa langkah untuk menyekat kebangkitan laman-laman blog yang mengkritik kepimpinan negara.

Bermula dengan tindakan saman yang dilakukan NSTP terhadap Ahiruddin Atan atau Rocky Bru; penahanan Setiausaha Kerja Yayasan Masa Depan, Nathaniel Tan; BN benar-benar bimbang ianya akan mempengaruhi keputusan pilihan raya umum, yang akan diadakan bila-bila masa.

Terbaru, Umno melalui Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd Taib membuat laporan polis terhadap Malaysia-Today, yang dikatakan menerbitkan artikel kononnya menghina Yang diPertuan Agong, bertarikh 11 Julai lalu.

Pengendali blog berkenaan, Raja Petra Kamaruddin, bagaimanapun menegaskan beliau tidak menerbitkan sebarang artikel yang dikatakan menghina itu pada tarikh yang dinyatakan.

"Saya tidak menerbitkan artikel pada tarikh itu. Saya hanya terbitkan pada 8 dan 13 Julai. Lagipun, artikel saya bukanlah menghina Agong tetapi lebih kepada menyatakan bahawa kuasa Agong ini lebih luas daripada apa yang kita sedar," kata beliau ketika dihubungi Harakah sebelum ini.

Tindakan Umno itu dilihat sebagai terdesak, dengan mengambil keputusan membuat laporan polis, tanpa mengetahui kandungan sebenar artikel yang didakwa mereka menghina Agong.

Malah, beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan komen-komen yang diterbitkan di dalam blog tersebut dilakukan oleh pasukan yang dipilih Azalina Othman Said, yang menyamar dengan pelbagai identiti.

Ada di kalangan mereka, katanya, sengaja menghantar komen yang berbaur hasutan dan perkauman bagi menghangatkan ruangan forum bagi mendapatkan respon daripada pembaca.

"Saya tahu perkara ini. Dan ia disahkan oleh 'orang kita' yang berada di Pejabat Umno. Ada ketikanya, sehingga 4000 atau 5000 komen dimasukkan sehari. Saya akan 'delete' dan menyekat kemasukan komen tersebut, setakat yang saya mampu," tegas beliau.

Raja Petra turut memberi peringatan kepada pembaca laman web beliau agar tidak memberi respon kepada mana-mana komen yang berbaur hasutan atau perkauman.

Menyentuh soal kebimbangan BN dan Umno terhadap dunia siber ini, Raja Petra mengatakan budaya 'blogging' ini sememangnya mampu menjejaskan imej Umno.

"Jika perkara ini berterusan, ia akan berkesan masa pilihan raya. Mungkin tak sampai hilang kuasa, tapi BN sukar nak ulang prestasi seperti tahun 2004. Silap-silap, prestasi tahun 1999 akan berulang terhadap BN," kata beliau.

Justeru, Raja Petra mengingatkan para blogger tidak berundur serta tidak terpengaruh dengan budaya takut yang cuba dilakukan kerajaan. Jika para blogger tidak tunduk kepada tekanan tersebut, ia akan menggagalkan usaha kerajaan untuk menyekat kebebasan bersuara di negara ini.

Tranungkite

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

порновидео школьниц онлайн http://free-3x.com/ просмотр порно видео онлайн молодые free-3x.com/ молоденькие извращенки онлайн [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

Anonymous said...

Rather amusing phrase

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59