Thursday, 12 July 2007

ISU MUSA HASSAN : IMAM ALHADHARI DAN MUSA HASSAN MESTI LETAK JAWATAN



Penyakit kuat tidur terus menghantui Imam Alhadhari apabila sekali lagi terlepas pandang apabila melantik Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara (KPN) secara kontrak setelah bersara wajib baru-baru ini. Tindakan melantik Musa membuktikan bahawa Imam Alhadhari sering tidak tahu dan mungkin tertidur kerana Musa sendiri baru sahaja didakwa makan rasuah.

Dakwaan makan rasuah ini pula bukannya dakwaan main-main kerana ianya dibuat oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang terletak dibawah dagu Imam Hadhari itu sendiri. Lebih buruk lagi tuduhan dan laporan rasuah terhadap Musa dikatakan dibuat sebelum Imam Hadhari melantik(menyambung kontrak) beliau menjadi KPN.

Macamana Imam AlHadhari tidak perasan bahawa ada laporan tidak baik terhadap Musa. Atau mungkin Imam AlHadhari tertidur lagi. Malang sungguh kita ada ketua macam ini.

Selasa lalu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membuat laporan kepada BPR bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan KPN menerima suapan RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Maka atas dasar ini kredibiliti Imam AlHadhari dan Musa Hassan adalah jatuh dengan 'merudum'. Jadi mereka berdua mesti letak jawatan. Kalaulah kedua-dua mereka mempunyai maruah dan harga diri, mereka sepatutnya sudah lama mengosongkan pejabat mereka dan memberikan peluang kepada insan lain untuk memegang jawatan yang yang berat dan memerlukan insan yang prihatin, dedikasi dan bermaruah serta bertanggungjawab.

Kalau di barat kita sudah pasti akan dapat Perdana Menteri dan Ketua Polis baru dalam sehari dua ini. Tetapi malangnya kita masih berada di zaman 'batu' di mana pemimpin masih mahu 'mati berdiri dalam pejabat' walaupun diri sendiri telah dipersoalkan kredibilitinya oleh rakyat.

DASAR MUKA TAK MALU DAN TAK BERMARUAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Saudara Islam said...

Sebagai umat yang dijadikan allah subhana wataalla, kita seharusnya menangani masalah ini dengan aman dan bijaksana. Janganlah kita hanya tahu menuduh, mencerca, menghina dan menjatuhkan saudara seagama kita sendiri yang berusha memimpin negara, sedarkah dimana kita yang sebenarnya. Cuba kita ditempat beliau...Saya menyeru umat islam agar bersatu membela agama, bangsa dan negara...Jangan biar umat kita ditindas oleh agama lain..sedarlah..

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59