Tuesday, 31 July 2007

ISU KUIL HINDU : AKTIVIS PKR DITANGKAP HALANG PEROBOHAN KUIL



Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, A Jayathas ditahan Polis wkerana dikatakan menghalang operasi merobohkan Kuil Hindu di Tambak Paya semalam.

Kejadian itu berlaku apabila Jayathas meminta pihak berkuasa menunjukkan waran yang membolehkan MBMB merobohkan kuil tersebut.

Jayathas digari ketika dibawa ke Balai Polis Titi Dua kira-kira jam 11 pagi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Melaka Tengah untuk diambil kenyataan sebelum dibebaskan kira-kira jam 1. 30 tengah hari tadi.

"Saya membantah kerana MBMB tidak membawa sebarang notis yang membenarkan mereka merobohkan kuil tersebut.

"Mereka cuma membawa notis lama yang dikeluarkan oleh MBMB tetapi pemilik kuil masih menunggu surat rayuan yang dihantar kepada MBMB dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang belum dijawab," katanya kepada malaysiakini.

Jayathas berkata, ketika operasi mahu dijalankan, beliau telah meletakkan sebuah van miliknya di depan pintu masuk ke kuil berkenaan bagi menghalang jentolak merobohkan kuil tersebut.

Beliau juga mendakwa, anggota polis telah menolak beliau sehingga terjatuh sebelum digari dan dibawa ke Balai Polis Titi Dua.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melancarkan operasi merobohkan kuil Sri Periachaman di Kampung Tambak Paya di Melaka kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sebelum ini, penduduk beragama Islam di kampung tersebut membantah pembesaran kuil berkenaan kerana sudah ada dua kuil di kampung itu.

Ekoran bantahan tersebut MBMB telah mengeluarkan dua notis kepada penjaga kuil tersebut supaya merobohkannya.

Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu membabitkan 50 anggota MBMD, 100 anggota polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 20 pekerja syarikat Southern Waste Management (SWM).

Mereka mengambil masa kira-kira 40 minit untuk merobohkan kuil tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

wahai kawan kawan ,
Tuhan yang maha esa yang kita tak nampak , melihat semua ini. Pencerobohan tempat ibadat tak kira bangsa agama adalah satu dosa yang tidak bolih di ampun sama sekali.Ini semua berlaku sebab ada golongan yang tunjuk kuasa mereka di muka bumi ini , tetapi mereka tidak sedar tamadun telah membukti kan kuasa kuasa super power dari awal kejadiaan manusia telah hilang begitu sahaja.Manusia tidak bolih lari dari karma mereka tuhan tetap akan balas semua perbuatan terkutuk ini.

Anonymous said...

departure catherine inhibit shreya potent iiichairs eastasian palem arrangement deluged ofloc
masimundus semikonecolori

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59