Tuesday, 10 July 2007

IBU BINATANG SAYANGKAN ANAK. IBU MANUSIA?


Dua kes menyayat hati yang melibatkan pembunuhan kanak-kanak kecil minggu lalu amat mengejutkan kita. Tergamak manusia membunuh kanak-kanak yang tidak berdosa. Malah suspek yang didakwa membunuh kanak-kanak tersebut adalah ibu mereka sendiri. Kejadian ini membuktikan bahawa terdapat manusia yang hati perut dan perangai mereka lebih teruk dari binatang seperti yang dinyatakan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran.

Semenjak Islam Hadhari diperkenalkan oleh Imam Al Hadhari pelbagai kejadian aneh dan tidak masuk akal berlaku dalam negara kita. Apa nak jadi dengan Malaysia ini. Mungkin ini adalah bala dari Allah akibat kedurjanaan pemimpin Islam Hadhari yang tidak mahu menerima Islam sebagai cara hidup. Dan mungkin ianya juga bala akibat dari kebongkakan dan kezaliman kerajaan hari ini yang menekan rakyat dengan akta ISA dan sebagainya. Rakyat juga semakin ditekan dengan kenaikan harga minyak yang tidak diturunkan, kenaikan harga barangan dan sebagainya.

Kes petama melibatkan ibu kanak-kanak perempuan, Ooi Ying Ying, 3, dan teman lelakinya yang didakwa membunuh dan membakar kanak-kanak malang tersebut di Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Perintah reman terhadap wanita berusia 28 tahun itu dan teman lelakinya, 29, seorang pengurus pusat hiburan dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Balik Pulau, Ahmad Tajuddin Zin berkuat kuasa sehingga 18 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, kes itu yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai budak hilang kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

Menurutnya, dengan penahanan ibu kanak-kanak tersebut serta teman lelakinya petang semalam, siasatan kes kehilangan Ying Ying telah selesai dan kini siasatan ditumpukan kepada kes pembunuhan kanak-kanak malang itu.

“Hasil siasatan, polis mendapati teman lelaki ibu Ying Ying itu ada rekod jenayah membabitkan kes pergaduhan dan kita yakin siasatan kes itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kes kedua melibat seorang ibu yang didakwa membunuh bayi lelaki,Mohd. Ashraf Nuraswadi berusia 10 bulan yang mayatnya ditemui terapung dalam tali air di Kampung Kubang Berulat, Bachok Sabtu lalu.

Menurut penduduk setempat, wanita berusia 34 tahun itu dikatakan kerap bersendirian menguruskan enam orang anaknya yang masih kecil dalam keadaan kehidupan yang daif.

Selain bayi berkenaan, wanita tersebut juga mempunyai lima orang anak lain berusia antara tiga dan 12 tahun.

Suaminya yang bekerja sebagai buruh terpaksa berjauhan untuk mencari rezeki dan semasa kejadian dia dikatakan bekerja menebas hutan di Gua Musang.

Difahamkan, wanita berkenaan yang ditahan kelmarin untuk membantu siasatan kematian anaknya telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini hari ini untuk pemeriksaan kesihatan.

Wanita itu ditahan setelah bedah siasat terhadap mayat Mohd. Ashraf Nuraswadi mendapati mangsa meninggal dunia bukan akibat lemas dalam air tetapi kerana ditekap mukanya dipercayai menggunakan bantal.

Laporan bedah siasat itu menjawab tanda tanya berhubung punca kematian Mohd. Ashraf.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Ahlifikir2 said...

Cepat-cepatlah bagi bantuan siapa yang berkemampuan...
inilah yg dimaksudkan
"Kefakiran itu boleh membawa kekufuran"
kedaifan hidup menyebabkan kekusutan mental menghadapi arus kehidupan, jalan singkat pun dicari...
Muhasabahlah diri kita yg melihat tanpa tindakan...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59