Tuesday, 10 July 2007

GOLONGAN BERPENYAKIT DAN WARGA EMAS TERUS DIBANTU



PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek meneruskan gerakerja kebajikan dengan membantu golongan warga emas dan berpenyakit melalui program bantuan kebajikan dan kemiskinan.

Ahad lalu beberapa orang warga emas di sekitar Peti Undi Bukit Lintang telah dilawati dan sedikit bantuan kewangan telah dihulurkan.

Salah seorang warga emas yang telah 6 tahun lumpuh, Hajah Khatijah Jaamat, 66 telah melahirkan rasa syukur atas kesudian pimpinan PAS Kawasan dan MTD Ayer Molek menziarahu beliau. Beliau yang tinggal dengan suaminya di Kampung Pendamar, Ayer Molek begitu ceria ketika ditemui dan berkali-kali mengucapkan terima kasih di atas ingatan dan bantuan yang diberikan kepada beliau.

Bantuan tersebut tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Salim Tahir; AJK PAS Kawasan, Hj Mohd Diah Abdul serta Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Sofi Wahab.

Program bantuan kebajikan tersebut di adakan serentak dengan program jom turun padang anjuran MTD Ayer Molek dimana Peti Undi Bukit Lintang bertindak selaku tuan rumah.

Keterangan Gambar : Hj Bakrin, YDP PAS Kawasan sedang berbual dengan Hajah Khatijah di rumah beliau dalam program tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59