Monday, 2 July 2007

GERAKERJA MTD AYER MOLEK DILANCARKAN



Majlis Pelancaran Gerakerja MTD Ayer Molek telah di sempurnakan dengan jayanya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman semalam. Selain dari upacara pelancaran itu, sebelum majlis pelancaran tersebut pada sebelah paginya jentera Pilihanraya MTD Ayer Molek dan Unit-Unit Peti Undi seluruh DUN Ayer Molek juga telah diberikan taklimat dan motivasi oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri, Baihaki Ismail.

Ustaz Ghani dalam ucapan perasmian pelacaran gerakerja tersebut mengingatkan bahawa situasi sekarang adalah amat genting kerana kedaulatan Islam dan Melayu semakin hilang disebabkan kelemahan dan kelekaan Umno yang diberi kuasa memerintah negeri.

‘Para pemimpin Umno leka dengan kemewahan dan kedudukan masing-masing, tanpa menghiraukan Islam dan kedaulatan melayu’ kata Ustaz Ghani yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat.

‘Sekarang ini seluruh jentera dan ahli PAS sepatutnya tidak mempunyai masa untuk berehat dan membuang masa, kita mesti bekerja siang dan malam untuk menyedarkan rakyat tentang penyelewengan dan kelemahan kerajaan’ tambah Ustaz Ghani.

Beliau juga mengingatkan semua ahli PAS dan jentera PAS supaya tidak membuang masa bersiar-siar dan berbual kosong tanpa tujuan kerana musuh kita sentiasa bekerja siang dan malam untuk memadamkan cahaya Islam.

“Jentera mesti diperkemas dan digerakkan, program mendekati masyaralat diperhebatkan, culaan disiapkan dan lain-lain tugas yang tidak pernah habis”ujar Ustaz Ghani lagi.

Turut hadir dalam program pelancaran jentera MTD Ayer Molek tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan beberapa pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan. Seramai 52 orang AJK MTD dan Unit Peti Undi Ayer Molek hadir dalam majlis tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59