Tuesday, 3 July 2007

DPPK BUKIT KATIL BANTU KELUARGA INDIA MISKIN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek telah menziarahi satu keluarga India yang susah dan miskin Ahad lalu. Lawatan itu merupakan lawatan kedua selepas lawatan pertama pada minggu sebelumnya.

Keluarga Encik Tanggeras,60 yang tinggal di Kampung Tambak Paya berasa begitu bertuah apabila ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka. Menurut keluarga tersebut sebelum ini mereka tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

"Hanya sekali sahaja YB Raghavan datang melawat dengan memberikan bantuan membayar bil elektrik dan air yang tertunggak, lepas itu tiada lagi" jawab menantu Encik Taggeras yang enggan namanya disiarkan.

Encik Tanggeras yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan sebenarnya tidak mampu menyara keluarganya yang berjumlah 9 orang termasuk anak lelakinya, Ramesh,37 yang mengidap kanser hidung. Beliau juga terpaksa membayar sewa rumah RM250 sebulan.

Lebih meruncingkan lagi anak lelakinya itu tidak berdaya untuk bekerja sejak 6 bulan lalu untuk menanggung 3 orang anak dan isterinya. Ramesh terpaksa bergantung hidup kepada bapanya. Keadaan Ramesh semakin kritikal sehingga beliau tidak boleh bercakap dan makan sejak sebulan lalu.

Dalam lawatan itu, pihak MTD dan DPPK Bukit Katil telah menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang ringgit.

Bantuan itu disampaikan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek. Turut bersama dalam program ziarah tersebut ialah Timbalan YDP Kawasan, Hj Salim Tahir; Setiausaha Kawasan, Hj Salamat Aman; Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa; Ketua Pemuda Bukit Katil, Sofi Wahab; Ketua Lajnah Kebajikan DPPK Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan dan beberapa orang ahli PAS setempat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59