Tuesday, 3 July 2007

DEWAN MUSLIMAT NEGERI ANJURKAN PROGRAM MOTIVASI PILIHANRAYA DAN KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI



MELAKA : Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka telah berjaya mengadakan program Motivasi Pilihanraya dan Kursus Organisasi Ahad lalu.

Kursus yang di adakan adalah bertujuan untuk meniup semangat tenaga muslimat bagi menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang. Selain dari itu pimpinan muslimat negeri dan kawasan juga diberikan pendedahan terhadap aspek pengurusan organisasi yang sangat penting bagi memantapkan lagi gerakerja muslimat.

Perkara itu dijelaskan oleh Mahani Osman, 37 AJK Dewan Muslimat Negeri ketika ditemui Ahad lalu.


Dua orang penceramah telah dijemput untuk menjayakan program tersebut iaitu AJK PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Dalam ucapannya Dato' Tuan Ibrahim menegaskan bahawa pilihanraya semakin hampir di mana SPR telah mula menempah helikopter untuk kegunaan semasa pilihanraya. Menurutnya maklumat yang beliau terima bahawa helikopter tersebut di tempah pada bulan November. Jadi besar kemungkinan Pilihanraya akan diadakan pada bulan November.

Selain itu Dato' Tuan Ibrahim juga mengingatkan muslimat supaya terus komited dan istiqamah melakukan kerja-kerja Islam kerana menurutnya, Islam sekarang semakin terhimpit dan terhakis.

"Muslimat merupakan tenaga penting dalam perjuangan Islam, ini dibuktikan sejak zaman Rasulullah sehingga ke zaman sekarang" kata beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Turut hadir dalam program yang diadakan di Pejabat PAS Negeri di sini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Dr Hajah Khatijah Jumangat. Selain itu Dewan Muslimat PAS negeri dan Kawasan-kawasan diwakili oleh seluruh Ahli Jawatan Kuasa masing-masing.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59