Friday, 13 July 2007

CERITA KELUAR PARTI SEMAKIN RANCAK, TANDA PRU SEMAKIN HAMPIR


Apabila semakin ramai ahli pembangkang didakwa keluar parti itu menunjukkan bahawa dalil Pilihanraya Umum semakin hampir.

Sudah menjadi tradisi bagi BN dan akhbar pembodek mereka mewar-warkan berita-berita sebegini untuk menunjukkan bahawa parti pembangkang semakin kehilangan pengaruh menjelang pilihanraya umum. Ini sedikit sebanyak pada sangkaan mereka akan melemahkan semangat penyokong-penyokong pembangkang.

Hari ini Utusan Meloya menyiarkan berita bahawa seramai 333 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Langat termasuk 16 ahli jawatankuasanya bertindak keluar parti secara beramai-ramai berkuatkuasa serta-merta.

Ketua PKR bahagian itu, Abdul Razak Halidi dilaporkan berkata, PKR Kuala Langat yang bermesyuarat semalam turut membuat keputusan sebulat suara membubarkan jawatankuasanya selepas kecewa dengan kegagalan keseluruhan barisan kepimpinan parti itu.

Selain beliau, mereka yang terlibat ialah Naib Ketua bahagian, K. Pragas; Setiausahanya, Abdil Anas Hashim; Bendahari, Jahlaila Senawi dan Ketua Penerangan, Saifuddin Sulaiman serta 11 orang ahli jawatankuasa bahagian.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut kecewa dengan kegagalan kepimpinan Wanita Pusat PKR untuk turun padang.

Kalau hendak dikirakan jumlah ahli pembangkang yang keluar parti menjelang pilihanraya umum, jumlahnya lebih ramai dari ahli parti itu sendiri. Inilah 'standard' pemimpin BN dan akhbar pembodek mereka yang langsung tidak malu untuk menipu pembaca dan mengelirukan pemikiran pembaca. Lebih dahsyat dari itu mereka ini sanggup memfitnah dengan menyiarkan pelbagai berita palsu dan buruk tanpa memikirkan risiko fitnah tersebut.

Takutlah wahai pemimpin Umno dan akhbar pembodek akan amaran yang pernah dikeluarkan oleh Presiden PAS iaitu " SELAGI BERITA, LAPORAN PALSU DAN FITNAH ITU TERLEKAT DI KEPALA OTAK PEMBACA, SELAGI ITULAH MEREKA YANG TERLIBAT MENANGGUNG DOSA. MEREKA MESTI MEMOHON MAAF DAN MEMPERBETULKAN PEMIKIRAN SEMUA PEMBACA TERSEBUT."

INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN BN DAN AKHBAR PEMBODEK.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59