Friday, 27 July 2007

CAKAP BERBELIT-BELIT


Kuala Lumpur : Kerajaan tidak akan menyekat kebebasan penulis laman web dan blog tetapi tindakan undang- undang tetap dikenakan sekiranya mereka melampaui batasan.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan masuk campur di peringkat awal kerana pengguna Internet dan blog mempunyai kebebasan sendiri.

“Mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan yang sesuai asalkan tidak melampaui batasan.

“Sekiranya pengguna Internet dan penulis blog dianggap telah melampaui batasan seperti menghina, memfitnah atau melakukan kesalahan undang-undang, mereka tetap boleh didakwa,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pesta Jentera Antarabangsa Malaysia 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas siasatan yang dilakukan oleh polis ke atas pemilik laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin, 57, semalam.

Laman web itu dikatakan menyiarkan komen sensitif berhubung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, keagamaan dan perkauman.

Menurut Muhyiddin, tiada siapa yang boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang sama ada perbuatan itu dilakukan menerusi alam maya (siber) mahupun alam nyata.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59