Sunday, 8 July 2007

Bernas dipanggil -- Kerajaan mahu penjelasan kenapa harga beras naik mendadak. SETAKAT PANGGIL TIADA GUNANYA



KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan akan mengadakan perjumpaan khas dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini berhubung pengumuman mendadak kenaikan harga beras oleh syarikat itu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Zulkifli Idris memanggil pihak pengurusan Bernas untuk menjelaskan asas kenaikan harga beras import berkenaan.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga sepatutnya dibincangkan dengan kementerian kerana komoditi itu adalah keperluan asas rakyat dan sebarang kenaikan harga akan memberikan implikasi kepada pengguna.

Kenaikan harga beras di peringkat pemborongan itu berkuat kuasa 1 Julai lepas membabitkan antara 5 sen dan 10 sen sekilogram bagi beras putih, beras wangi dan beras basmati, manakala 20 sen bagi beras pulut.

Bernas dalam kenyataan Khamis lalu berkata, kenaikan pelbagai gred beras itu tidak menjejaskan kawalan harga pengguna bagi beras tempatan dengan kandungan hancur 15 peratus yang ditetapkan kerajaan membabitkan harga antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram.

Setakat panggil dan berbincang mengapa harga beras dinaikkan tiada gunanya. Apa yang penting kerajaan mesti bertegas supaya makanan ruji rakyat itu tidak dinaikkan untuk meringankan beban rakyat.

Kalau kerajaan Islam Hadhari tidak berupaya untuk menurunkan harga minyak dan barangan lain lebih baik mereka menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Barisan Alternatif yang Insya Allah mampu memberikan kesejahteraan dan menjaga kebajikan rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59