Tuesday, 3 July 2007

AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN PENERANGAN MTD DURIAN TUNGGAL TERUS RANCAK



DURIAN TUNGGAL : Aktiviti kemasyarakatan dan penerangan Majlis Tindakan DUN (MTD) Durian Tunggal terus rancak digerakkan. Ahad lalu, Program Jom Turun Padang (JTP)telah diadakan dengan jayanya. Pada sebelah malam pula diadakan program ceramah perdana yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam ceramah menyatakan bahawa media arus perdana bersekongkol bersama Umno dan Barisan Nasional untuk tidak melaporkan secara tepat mengenai kedudukan sebenar sesuatu perkara yang berlaku dalam negara ini.

Beliau berkata sebab sebenar laporan dibuat sebegitu kerana Umno tidak mahu mendedahkan keburukan sebenar yang berlaku dalam parti berkenaan.

"Sebagai contoh pendedahan mengenai bil telefon Dato' Seri Rafidah Aziz yang tidak dibayar dari 2005 sehingga 2007 berjumlah RM10,000 tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Kita lihat dalam kes Altantuya mengenai keterangan seorang saksi bahawa beliau ada gambar Altantuya dengan Dato' Seri Najib Tun Razak tetapi gambar itu tidak dibentangkan di mahkamah sehingga menimbulkan perdebatan.

"Akhbar melaporkan perbicaraan ini secara terperinci tapi tiba pada gambar itu media tidak melaporkannya sebab ianya melibatkan Timbalan Perdana Menteri," kata beliau.

Selain itu, kes Dato' Johari Baharom yang dituduh membebaskan penjenayah dari Perak iaitu adik Timbalan Menteri MCA, timbalan menteri Umno membebaskan penjenayah adik timbalan menteri MCA 'confirm' Malaysia ditadbir penjenayah, di Sarawak juga heboh tapi rakyat tak tahu, kata beliau.

Ustaz Nasharuddin juga mempersoalkan kenapa hampir separuh menteri kabinet mengikuti rombongan Pak Lah ke Itali baru- baru ini sehinggakan baru 3 tahun memerintah sudah 40 kali keluar negeri dengan membelanjakan duit rakyat.

"Ada kajian telah dibuat di Kelantan selama 17 tahun PAS memerintah tiada masalah antara agama lalu akhirnya dibuat satu cadangan ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu iaitu kejayaan PAS kelantan memerintah dalam mengekalkan keharmonian antara agama, ini pun tidak dilaporkan oleh media arus perdana," katanya lagi.

Sementara itu dalam program JTP tersebut, beberapa orang golongan susah dan miskin di sekitar DUN tersebut telah diberi bantuan berupa barangan keperluan harian. Antara penerimanya ialah Ibu Tunggal di kampung Bukit Tambun disini. Barangan tersebut di sampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Shamsudin yang dijemput khas untuk menyerikan lagi program JTP ini.

SYABAS KEPADA MTD DURIAN TUNGGAL.

Sumber : n9duriantunggal.blogspot.com dan harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59