Monday, 2 July 2007

50 TAHUN MERDEKA ISU PEKERJA HIDANG ARAK MASIH BELUM SELESAI


MARANG: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, kerajaan pada asasnya tidak bersetuju pekerja Islam menjadi penghidang minuman keras dan meminta majikan di negara ini supaya tidak memberikan tugas dan tanggungjawab itu kepada pekerja Islam.

"Kita lihat dari segi ajaran Islam memang tidak membenarkan orang Islam bersubahat dalam soal pengendalian atau penjualan minuman keras.

"Umat Islam dilarang sama sekali minum arak atau menghidangkannya kerana perbuatan itu memang ditegah agama," katanya.

"Namun dari segi peraturan dan undang-undang, kita kena ambil masa sedikit untuk mengkaji dan meneliti mekanisme cara mana atau kaedah mana supaya perkara ini tidak menjadi masalah kepada tugas dan tanggungungjawab mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas program peningkatan pendapatan rakyat termiskin Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang di sini hari ini.

Dah merdeka 50 tahun pun hal ini masih belum selesai. Siapa yang hendak menanggung dosa ini. Kerajaan Umno memang sejak dari dahulu tidak langsung memikirkan kebajikan pekerja Islam yang terpaksa menghidangkan arak di Hotel-hotel, kapalterbang dan sebagainya. Selain itu terdapat premis-premis perniagaan seperti 7 Eleven yang menjual arak di mana pekerja Islam terpaksa memegang Tin dan Botol Arak ketika menjalankan tugas. Kes ini benar-benar menghina Islam tetapi pemimpin Islam Hadhari buat tidak kisah sahaja. Sebab itulah kilang Carlberg tersergam indah di dalam negara Islam Hadhari ini.

Malah MAS sendiri sebagai syarikat milik kerajaan Islam Hadhari terus menjual arak di mana majoriti pramugari dan pramugaranya adalah orang Islam. Inilah ajaran Islam Hadhari yang langsung tidak memikirkan halal haram.

Kita mendesak Kerajaan Islam Hadhari menggubal undang-undang ini serta merta dan mengeluarkan arahan supaya kakitangan Islam dibenarkan oleh majikan untuk tidak menghidangkan arak ketika bertugas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59