Friday, 29 June 2007

UMNO PEROSAK GOLONGAN REMAJA



Umno terus membuktikan mereka adalah Perosak Anak Muda dan Bangsa. Manakan tidak pemimpin-pemimpin yang serba boleh terus memberikan galakan kepada program-program maksiat dan hiburan. Bukan sahaja ianya diadakan di bandar-bandar besar malah di Pekan-pekan ‘Cowboy’ pun program seperti di adakan dengan giat atas sokongan dan ‘tajaan’ Umno.

TIDAK pernah mengecewakan! Itulah ungkapan yang disiarkan oleh Utusa Meloya ke atas konsert yang diadakan di sebuah Pekan Kecil Bera di Pahang. Konsert bergerak Pancaindera Mingguan Malaysia jelas tidak memberikan sebarang manfaat sebaliknya ianya mendatangkan mudharat seperti pergaulan bebas, melalaikan masa dan sebagainya. Lebih mengaibkan konsert tersebut mendapat sokongan dari pemimpin Umno apabila Ketua Umno Bahagian Bera yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob turut sama menyaksikan konsert maksiat tersebut.

Selepas Port Dickson, Negeri Sembilan dan Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, tiba pula giliran Laman Kerayong di Bera, Pahang diserbu lebih 20,000 pengunjung malam Sabtu lalu. Cuba bayangkan berapa ramai anak muda yang berseronok dan tertipu dengan hiburan dunia yang melalaikan. Lebih malang lagi kebiasaannya sebahagian anak muda yang datang menyaksikan konsert ini tidak balik terus ke rumah selepas konsert habis sebaliknya melencong ke lain.

Inilah dosa Umno yang tidak mungkin dapat dimaafkan kerana merosakkan anak muda kita.

Tidak cukup dengan anak muda melayu , malah golongan remaja masyarakat orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bera juga di’rosak’kan oleh Umno.

Antara penyeru kearah maksiat yang memberikan persembahan malam itu ialah Saleem, Ramlah Ram, Achik Spin, Siti Nordiana, Elyana dan Alif (One In A Million).

Sedarkah wahai pemimpin Umno, jangan kamu menyesatkan anak muda lagi kerana sesungguhnya anak-anak muda sekarang sudah hanyut dan menjauhi agama, jangan kamu menambahkan lagi masalah ini.

Keterangan Gambar : Ismail Sabri bergambar dengan artis yang mengambil bahagian dalam program perosak remaja tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59