Tuesday, 5 June 2007

UMNO AJAK RAKYAT BERSERONOK-SERONOK SEPANJANG MASA


Umno yang mengamalkan Islam Hadhari terus mengajak rakyat supaya berseronok-seronok dan berhibur sepanjang masa. Tidak cukup dengan rancangan Televisyen yang lebhi dari 80 % diisi dengan program hiburan, Umno menganjurkan pula pertandingan nyanyian dan karaoke.

Baru-baru ini seramai 20 peserta telah menyertai pertandingan akhir karaoke 60an yang diadakan di Tanjung Bidara Beach Resort, di sini, baru-baru ini.

Pertandingan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk di negeri ini di mana tiga saringan telah diadakan.

Tempat pertama telah dimenangi oleh Rosnah Abas yang membawa pulang wang tunai RM100 beserta sijil dan boucer penginapan manakala tempat kedua dimenangi Rozalina Bujang dengan wang tunai RM80 beserta sijil dan ketiga dimenangi Ku Shamsudin Ku Shuib yang membawa pulang boucer makan untuk dua orang.

Ketua Wanita UMNO Paya Luboh, Maria Hashim berkata, tujuan pertandingan itu adalah untuk mempertahankan irama 60an yang suatu ketika dahulu mendapat tempat di kalangan generasi muda.

Menurutnya, di samping itu juga, ia dapat mengetengahkan bakat golongan muda khususnya yang dilihat pada masa kini begitu sinonim dengan irama rock.

Pada majlis berkenaan, seramai 50 warga tua dari Rumah Kebajian Seri Kenangan, Cheng dan anak yatim Kampung Paya Luboh turut diraikan. (Warga tua yang disepatutnya disedarkan tentang pentingkan amal ibadat disogokkan dengan program maksiat seperti ini pula.)

"Kita turut menjemput warga emas dan anak yatim untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti ini kerana secara tidak langsung mendekatkan kita dengan golongan yang tidak bernasib baik supaya mereka lebih dihargai,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) di sini.

Pada masa yang sama, Sidang Kampung Pulau Melaka, Shaari Abu berkata, penganjuran aktiviti ini dilihat dapat memberi impak yang besar kepada generasi muda khususnya dalam usaha memartabatkan irama 60an dan mengeratkan siraturahim dengan golongan kurang bernasib baik khususnya.

" Agensi kerajaan dan swasta sewajarnya menganjurkan program aktiviti amal melibatkan golongan kurang bernasib baik supaya mereka tidak terpinggir," ujarnya.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan tarian poco-poco Kampung Pulau Melaka, persembahan kugiran daripada D`Restq Jabatan Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dibawah pimpinan Azman Dawang.

UMNO LANGSUNG TIDAK MENGHIRAUKAN SAMADA SESUATU PROGRAM ITU HALAL ATAU HARAM. UMNO JUGA TIDAK LANSUNG MENGKAJI SAMADA SESUATU PROGRAM ITU BERMANFAAT ATAU TIDAK. APA YANG PENTING IALAH MEREKA MAHU RAKYAT SENTIASA BERSAMA BERSAMA UMNO TANPA MENGIRA IMPAK DAN IMPLIKASI SESUATU PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH MEREKA.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59