Thursday, 28 June 2007

Umat Islam tidak habis-habis dihina.


UMAT Islam tidak habis-habis dihina. Kuasa unipolar dunia, negara Uncle Sam dalam kempen anti keganasan menjadikan umat Islam dan negara-negara Islam sebagai sasaran. Selatan Thailand adalah antara sasaran konspirator dunia tersebut.
Saya bersetuju dengan penulisan Rahisam Ramli, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) dalam tajuk “Barat Teruskan Percaturan Burukkan Imej Negara Islam”

Dr Sulaiman Noordin dalam “Sejarah Pemikiran” juga mendedahkan bahawa dunia sekarang sedang dikawal oleh satu kuasa yang bertindak sebagai dalang. Beliau mendedahkan Perang Dunia Pertama dan Kedua, Bank Dunia, badan-badan Kebajikan termasuk Rotary Club dan Lions Club adalah hasil konspirasi.

Satu fakta yang paling mengejutkan apabila Michael Collin Pipper turut menyatakan bahawa Perang Dingin antara kuasa multipolar, Amerika syarikat dan Russia juga merupakan satu percaturan. Inilah yang dinyatakan oleh Presiden Rooservelt: In politics, nothing happen by accident. If it was happen, it was planned that the way.
25 April 2004 menyaksikan seramai 108 orang dibunuh, termasuk daripadanya 35 orang yang dibunuh dalam sebuah masjid. 29 April 2004, apabila sekitar 1000 orang berdemonstrasi menuntut pembebasan 6 orang tahanan muslim yang dituduh menyimpan senjata, seramai 6 orang terkorban di hadapan balai polis Thak Bai dan seramai 78 orang mati bertindan dalam trak tentera akibat kesesakan nafas. Apa yang peliknya, perjalanan ke markaz tentera sejauh 120 kilometer mengambil masa tujuh jam.
Apabila 2000 orang mengadakan tunjuk perasaan membantah ordinan dharurat selama lima hari, tentera Thailand sekali lagi mengganas dengan membunuh umat Islam yang sedang mengerjakan solat Isya’ di masjid.

Sekarang, sudah mencecah angka 2200 orang terbunuh dalam ‘keganasan’ yang bermula Januari 2004, dan beribu-ribu cedera. Pejuang Islam pastinya dituduh sebagai petulang dan angkara utama.

Di samping itu, tujuh lelaki Islam ditangkap dalam sebuah rumah di Yala atas tuduhan sebagai media kumpulan militan. Seorang daripada mereka dikatakan pernah terlibat dalam beberapa insiden keganasan di Daerah Muang di Yala, sedangkan enam orang lagi masih dalam proses penyiasatan.

Kejadian yang menimpa seluruh dunia pada masa sekarang diangap cukup aneh dan pelik. Serentak dengan pengisytiharan kempen anti-keganasan oleh kerajaan Amerika, ketika itulah umat Islam seluruh dunia dianggap sebagai pengganas. Afghanistan yang diterajui Taliban di bawah pimpinan Mullah Muhammad Omar yang dikatakan mendapat bantuan kewangan daripada Osama Ben Laden dan Al-Iraq di bawah pemerintahan Saddam Hussein diperangi habis-habisan tanpa bicara panjang.

Kemudiannya ia merebak ke tempat lain termasuklah Selatan Thailand, Mogadishu, Filiphina, dan juga Chechya. Al-Aqsa yang pernah dibebaskan oleh Saidina Umar dan Solahuddin al-Ayyubi kembali dirampas dengan penuh kerakusan nafsu oleh Kristian dan Yahudi. Baghdad sebagai pusat ilmu hancur diranapkan tentera-tentera Tartar. Begitu juga di tempat-tempat lain termasuklah Sepanyol yang pernah dipimpin dengan adil oleh kerajaan Islam selama 500 tahun.

Ini membenarkan kenyataan Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam “Generasi Muda Islam dan Cabaran Globalisasi” yang mendedahkan antara perancangan sulit musuh Islam ialah dengan mewarwarkan bahawa pejuang Islam dan ulama’ sebagai pengganas yang perlu diperangi.

Justeru, saya menyeru seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam untuk bersama-sama menentang segala anti-keganasan yang ditaja Amerika Syarikat. Kita mesti membantu saudara-saudara kita yang melarikan diri ke negara kita dengan memberikan bantuan kewangan, pakaian dan sokongan moral kepada mereka. Sekiranya kita sendiri tidak membantu mereka, siapa lagi?

Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang tidak mempedulikan nasib umat Islam, maka ia bukan daripada kalangan umat Islam. Hadis yang lain pula menyatakan: Perumpamaan orang Islam dari sudut empati dan kasih sayang ialah seperti tubuh yang satu, apabila satu bahagian sakit, maka yang lain pun terasa juga dengan berjaga malam dan sakit.

Manakala Sa’ad bin Abi Waqqas menyatakan: Aku adalah panah daripada panah-panah Islam, maka lemparlah aku ke mana sahaja yang engkau suka.

Norsyuhada binti Mustafa,
Timbalan Yang Dipertua,
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, (PMIUM), Kuala Lumpur.


The Star

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59